Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gara-gara tenung-menenung, remaja disuruh pilih dipukul atau tanggalkan pakaian

Oct 27, 2021 | 05:30 AM



SEORANG remaja yang terjerat dengan kejadian tenung-menenung, diberi dua pilihan oleh penyerangnya - dipukul atau menanggalkan pakaiannya.



Bagi mengelakkan dirinya dibelasah, remaja itu memilih bagi menanggalkan pakaiannya dengan video yang menayangkan kemaluannya tular di media sosial.



Di mahkamah semalam, Mohammad Nor Farizwan Riswan, 27 tahun, yang merakam video tersebut dengan telefon bimbitnya, dipenjara tiga minggu selepas mengaku bersalah di atas tuduhan mengganggu dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan.



Mangsa yang ketika kejadian berusia 17 tahun itu, tidak boleh dinamakan di atas perintah mahkamah.



Dia terlibat dalam satu kejadian tenung-menenung dengan seorang lelaki pada 12 Mac 2019.



Walaupun berusaha menghuraikan keadaan tersebut, mangsa telah menumbuk lelaki berkenaan kerana rasa marah, jelas Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Colin Ng.



Pesanan tersebar bagi mencari mangsa. Apabila dia ditemui di stesen MRT Admiralty keesokan harinya, Farizwan, seorang warga Singapura, dan seorang lagi lelaki, Muhammad Danial Mohamed Yashim, 23 tahun, bersemuka dengannya.



Selepas mengesahkan identiti mangsa, Farizwan menumbuknya sekali di muka manakala Danial menendang lehernya.



Lelaki ketiga, Muhammad Azroy Jasni, menyertai mereka, dan membawa mangsa ke satu kawasan terpencil di kolong blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Mereka kemudian memberinya pilihan untuk menanggalkan pakaiannya sebagai bukti dia mengakui kesilapannya menumbuk lelaki berkenaan.



Selepas merakam video itu, Farizwan berkongsi rakaman tersebut dalam kumpulan WhatsApp 'TeamDeliveroo' dengan video itu tular di Twitter kemudian.



DPP Ng berkata mangsa terjejas kerana dimalukan ramai rakan sekolahnya yang menonton video itu.



Meminta agar Farizwan diberi hukuman lebih lama daripada penjara empat minggu, DPP Ng berkata:



"Bukan sahaja dia memalukan dan menyedihkan mangsa dengan memintanya menanggalkan pakaian, dia kemudian memalukan mangsa dengan merakam video itu dan berkongsinya di dalam kumpulan sembang WhatsApp 'Team Deliveroo'."



Peguambela, Encik Mohamed Hashim, meminta agar hukuman bukan tahanan atau penjara tidak melebihi dua minggu diberikan kerana Farizwan telah berubah dan menemui pekerjaan lebih bermakna kini.



Dalam memutuskan hukuman penjara tiga minggu itu, Hakim Daerah Chay Yuen Fatt, berkata kebersalahan Farizwan bagi gangguan tersebut sama seperti Azroy.



Farizwan ditawarkan ikat jamin $6,000 dan diarah agar menyerah diri di Mahkamah Negara pada 12 November lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >