Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gardens by the Bay, kesatuan latih pekerja bagi kerahan tugas dalam tempoh pandemik

Nov 16, 2020 | 10:05 PM



KAKITANGAN Gardens by the Bay (GBTB) akan menjalani latihan tidak lama lagi bagi membantu mereka menyesuaikan diri segera dengan keperluan tenaga manusia yang berubah dalam berbilang sudut daya tarikan pelancong ini.



Akhbar The Straits Times melaporkan sebagai permulaan, 120 pekerja dari pelbagai jabatan akan dilatih secara bersilang dalam bidang pengurusan hubungan tamu, pematihan operasi keselamatan dan pengalaman pelanggan.



Mereka kemudian akan membentuk sekumpulan pekerja yang boleh dikerahkan dalam keadaan fleksibel di daya tarikan pelancong ini yang terjejas oleh sekatan kembara berpunca daripada pandemik Covid-19.



Kakitangan ini yang buat masa ini berada dalam jabatan operasi, khidmat tamu, runcit dan keselamatan, akan menjalani latihan dari Januari hingga April depan.



GBTB akan disokong Kesatuan Tarikan, Resort dan Hiburan (AREU) dari segi bengkel dan jurulatih serta dalam mengenal pasti bagaimana kemampuan teknologi boleh disokong.



Ini adalah sebahagian daripada peta laluan operasi dan teknologi antara pihak kesatuan dan GBTB - inisiatif pertama dalam industri daya tarikan.



Dalam fasa selanjutnya, 21 kakitangan hortikultur yang kini menjalankan peranan khusus seperti penyenggaraan taman di luar atau kajian hortikultur, akan juga dilatih bagi menjalankan tugas meliputi pelbagai fungsi hortikultur.



Seramai 370 pekerja digajikan di daya tarikan ini.



Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif GBTB, Encik Lee Kok Fatt memberitahu media pada Isnin, daya tarikan ini perlu mencipta semula dan menyegarkan kembali model perniagaannya kerana Covid-19.



"Kebanyakan pengunjung kita kini adalah warga Singapura yang hanya dapat datang ke sini pada hujung minggu, dan...terdapat banyak khidmat yang perlu kita sediakan termasuk memastikan langkah pengurusan selamat diambil," katanya.



Beliau menambah antara Isnin dengan Jumaat, permintaan yang diterima berbeza seperti menjawab pertanyaan menerusi telefon atau khidmat dalam talian.



"Bagi memastikan pekerja kami dapat ditugaskan dalam memenuhi pelbagai permintaan tugas sepanjang minggu, pekerja ini sendiri memerlukan bentuk kemahiran berbeza," katanya.



GBTB menambah jumlah lawatan penduduk Singapura tahun ini menampakkan peningkatan dari bulan ke bulan memandangkan ia diberi 'lampu hijau' untuk dibuka semula pada Julai lalu di mana ia dikunjungi lebih 360,000 pengunjung.



Pada Oktober, ia dikunjungi lebih 600,000 pengunjung.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >