Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gardens by the Bay, NTUC jalin kerjasama hasilkan peta laluan operasi, teknologi

Nov 17, 2020 | 05:30 AM



BAGI memperkukuh tenaga buruh dan membina daya tahan terhadap strategi perniagaannya, Gardens by the Bay telah bekerjasama dengan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) untuk menghasilkan satu Peta Laluan Operasi dan Teknologi (OTR).



Peta Laluan itu merupakan yang pertama bagi industri tarikan yang melakukan demikian.



Menerusi OTR ini, ia akan membantu Gardens by the Bay merancang bagi jangka masa panjang dan mempersiap bagi pemulihan dan pertumbuhan masa depan, sedang jumlah pelancong dan perjalanan antarabangsa menjunam ekoran pandemik Covid-19, yang sekali gus menjejas teruk sektor pelancongan.



OTR ini diharap dapat menubuhkan Skim Berpusat (Central Pool Scheme) bagi tujuan latihan rentas bidang dan mempertingkat kemahiran pelajar selain mendakapi inovasi teknologi sebagai sebahagian daripada visi Taman Bijak Gardens by the Bay, yang akan memanfaatkan produktiviti pekerja.



Gardens by the Bay juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan GovTech bagi GovTech untuk menjadi arkitek sistem visi Taman Bijak.



Dron dengan keupayaan pengimejan tenaga hab (thermal imaging capabilities) digunakan untuk mengesan ketidaktentuan pengairan di Cloud Forest setinggi 35 meter.



Selain daripada itu, robot juga digunakan untuk menyembur baja tapak semaian sejuk yang menanam iklim sederhana bagi pameran bunga pada 2021.



Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, yang turut hadir di Gardens by the Bay semalam, berkata OTR merupakan testimoni apa yang boleh dilakukan bersama dan bagaimana ia dapat memanfaatkan kedua-dua pihak.



Memberikan contoh, beliau menukil bagaimana pendebunga hijau dapat mengurangkan masa bekerja tenaga buruh.



"Selalunya proses pendebunga dan berkebun yang memerlukan tiga pekerja selain mengambil masa empat jam.



"Tetapi dengan teknologi dan latihan, seorang pekerja boleh melakukan semua ini dalam masa setengah jam.



"Ini merupakan penjimatan masa 24 kali ganda dan dalam negara kita yang kurang sumber, ini merupakan sesuatu yang memanfaat bagi Gardens by the Bay dan pekerja kita."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >