Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gardens by the Bay terima derma $250,000 dari Bloomberg, dermawan individu

Jan 16, 2021 | 05:30 AM



GARDENS by the Bay semalam menerima sumbangan $250,000 bagi program pendekatan masyarakat, Gift of Gardens, yang memberi akses percuma kepada penduduk Singapura memerlukan untuk mengunjungi tarikan tersebut.



Sumbangan daripada Bloomberg dan seorang individu dermawan, Cik Lucy Yeo, itu merupakan sumbangan terbesar kepada program masyarakat itu sejak ia bermula pada 2012.



Dengan suntikan kepada program tersebut, lebih ramai daripada golongan memerlukan akan berpeluang untuk menikmati keindahan alam sekitar di taman itu, kata Gardens by the Bay semalam.



Gift of Gardens merupakan inisiatif jangkauan masyarakat yang menawarkan akses percuma kepada Flower Dome, Cloud Forest dan Floral Fantasy bagi penduduk Singapura yang mungkin tidak mempunyai sumber untuk mengunjungi tempat tersebut, atau kurang upaya.



Semalam, Presiden Halimah Yacob, yang juga penaung program Gift of Gardens, menerima cek sumbangan itu bagi pihak Gardens by the Bay.



Beliau juga berkesempatan mengunjungi pameran bunga Dahlia Dreams, yang merupakan sebahagian daripada sambutan Tahun Baru Cina di taman itu.



"Saya mengucapkan terima kasih kepada penderma dan rakan kongsi kerana menyokong inisiatif Gift of Gardens dan memastikan tempat ini tetap dapat diakses oleh semua orang," kata Puan Halimah dalam satu catatan Facebook semalam.



Memberi sokongan kepada Gardens by the Bay sejak 2013, Ketua Filantropi Korporat Serantau Asia Pasifik, Bloomberg, Cik Vandna Dawar Ramchandani, berkata pihaknya gembira dapat mengembangkan sumbangan mereka kepada program masyarakat itu.



"Kami berharap agar masyarakat yang kurang diberi perhatian di Singapura berpeluang menikmati program-program menarik di Gardens dan belajar tentang kelestarian alam sekitar.



"Kami percaya dengan keadaan pandemik sekarang, usaha seperti ini diperlukan untuk mendapat inspirasi daripada paparan dan koleksi indah dan dinamik di taman ini," ujarnya.



Antara pertubuhan yang turut mengunjungi pameran tersebut semalam ialah benefisiari daripada Concern & Care Society, TOUCH Community Services, dan Pertubuhan Kemanusiaan untuk Ekonomi Migrasi (Home).



Melahirkan perasaan gembiranya, Cik Tan Seng Woan, Pengurus Pusat Concern & Care Society, berkata ia merupakan pengalaman yang istimewa bagi benefisiari mereka.



"Inisiatif ini memberi peluang baik bagi kami untuk membawa warga emas kita bersiar-siar, terutama untuk melihat bunga khas dan pameran perayaan," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >