Garis pandu baru NEA bagi lokasi tabung derma di Geylang Serai
Jun 20, 2016 | 05:30 AM
AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah mengenal pasti empat lokasi di pasar Geylang Serai di mana tabung derma boleh diletakkan.
Menurut jurucakap NEA, garis panduan itu mengambil kira laluan trafik manusia di pasar tersebut dan perlunya meletakkan tabung derma itu di beberapa lokasi utama.