Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Garis pandu galak masyarakat SG bergerak lebih aktif dilancar

Jun 13, 2022 | 05:30 AM



SATU garis pandu untuk menggalakkan masyarakat Singapura agar bergerak lebih aktif telah dilancarkan semalam.



Garis Pandu Aktiviti Fizikal Singapura (SPAG) yang disusun semula oleh Sport Singapore (SportSG) dan Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) itu diharap dapat menggalakkan pelbagai aktiviti fizikal dan mengurangkan tingkah laku sedentari (kurang bergerak) bagi semua peringkat usia, dengan cadangan terperinci tentang tempoh, intensiti, kekerapan dan jenis aktiviti yang memberi manfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan mereka.



Cadangan kegiatan untuk wanita hamil dan wanita selepas bersalin, serta orang kurang upaya (OKU) juga telah ditambah pada set garis panduan yang telah disemak semula.



SPAG dibangunkan bersama oleh jawatankuasa pakar daripada perubatan, promosi kesihatan, sukan dan penyelidikan bidang, dipengerusikan oleh wakil dari SportSG dan HPB, menurut satu kenyataan dua badan tersebut semalam.



Ia adalah hasil kajian intensif daripada penyelidikan dan penyusunan bukti baru yang telah muncul dalam dekad yang lalu mengenai kesihatan dan kesejahteraan. Garis panduan baru ini akan membantu negara dalam meningkatkan daya kesihatan awam.



Ini termasuk menyediakan penanda aras bagi pihak berkepentingan yang berbeza termasuk profesional penjagaan kesihatan dan kecergasan, serta penggubal dasar dan pemimpin masyarakat yang memainkan peranan penting dalam mewujudkan ekosistem yang menyokong dan membolehkan kehidupan aktif.



"Set garis panduan ini menggabungkan bukti saintifik terkini, hasil cadangan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tentang amalan terbaik global. Ia juga memaparkan konsep-konsep canggih seperti unsur keseronokan dan variasi pergerakan untuk menangani keperluan individu yang berbeza dan membolehkan mereka memperoleh faedah kesihatan maksimum.



"Dengan pelancaran set garis panduan ini, saya berharap ia akan memberi inspirasi kepada kita untuk menerima sukan dan pelbagai aktiviti fizikal, untuk melihat yang amalkan gaya hidup aktif sebagai aspek penting dalam aspirasi peribadi kami dan keinginan kolektif untuk HealthierSG," kata Dr Chiang Hock Woon, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Sport Singapore.



Garis panduan itu bertujuan mencapai lima kunci komponen untuk aktiviti fizikal: kecergasan aerobik, kekuatan otot, kekuatan tulang, kelenturan dan keseimbangan.



Penduduk Singapura diharap memperolehi pemahaman lebih baik tentang berapa banyak aktiviti fizikal sesuai untuk umur dan gaya hidup mereka.



Sebagai contoh, kanak-kanak prasekolah satu tahun dan ke atas harus menyasarkan untuk mencapai matlamat sekurang-kurangnya 180 minit aktiviti fizikal setiap hari melalui pelbagai aktiviti termasuk permainan sosial dan pelbagai pergerakan seperti berlari, melompat dan membaling untuk membina kemahiran pergerakan asas mereka.



Bagi orang dewasa, garis panduan mengesyorkan sekurang-kurangnya 150 hingga 300 minit aktiviti aerobik intensiti sederhana seminggu, dan untuk menguatkan otot, tulang dan sendi melalui aktiviti yang berbeza, pada tahap sederhana atau intensiti yang kuat, sekurang-kurangnya dua hari seminggu.



Individu boleh kekal aktif melalui rekreasi seperti berjoging, berenang dan bermain sukan raket untuk melatih kumpulan otot yang berbeza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >