Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Garis panduan guna secara wajar nama, imej mendiang Lee Kuan Yew

Mar 17, 2016 | 09:56 AM



PEMERINTAH mengeluarkan pada Rabu (16 Mac) satu garis panduan mengenai penggunaan wajar nama dan imej mendiang Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew, sedang syarikat, agensi, kumpulan masyarakat dan individu mula memperingati ulang tahun pertama kematian mendiang pada 23 Mac tahun lalu.



Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia berkata dalam satu kenyataan bahawa sejak kematian mendiang Encik Lee, individu dan pertubuhan memperingati beliau dengan cara berbeza.



Sebagai respons kepada maklum balas, ia telah meneliti cara menggalak penggunaan wajar nama dan imej mendiang, dan mengeluarkan tiga garis panduan luas:



Nama atau imej atau bandingan mendiang Encik Lee boleh digunakan bagi maksud mengaitkannya dengan negara itu, termasuk pada karya seni atau penerbitan, atau barangan bagi tujuan kebajikan, mengikut undang-undang.



Nama atau imej atau bandingan mendiang harus diberi penghormatan dan maruah dijaga.



Ia tidak boleh digunakan untuk eksploitasi komersial atau diandai atau dilihat sebagai menunjukkan sembarang pengesahan rasmi bagi produk atau perkhidmatan.



Kementerian itu akan terus memantau penggunaan nama dan imej mendiang Encik Lee.



Pada Mei tahun lalu, pemerintah menyatakan ia merancang melindungi nama dan imej mendiang dari segi undang-undang bagi menghalang ia digunakan bagi penggunaan komersial dan eksploitasi.



Garis panduan itu tepat pada masanya memandangkan banyak kegiatan dijalankan pada dan sekitar ulang tahun kematian mendiang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >