Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Garis panduan individu divaksinasi akan disemak

Kelonggaran melancong dengan kurang sekatan, benar perhimpunan lebih besar
Jun 25, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH sedang menyemak semula garis panduan kesihatan bagi individu yang sudah divaksinasi, dengan Covid-19 akan dianggap sebagai endemik di Singapura pada masa depan.



Ini termasuk menggantikan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) dengan ujian lebih kerap untuk perjalanan luar negara bagi pengunjung dan warga Singapura, dan membolehkan perhimpunan lebih besar di sini.



Ini sedang Singapura mempercepatkan program vaksinasinya dan meletakkan sasaran tinggi untuk memvaksin penuh dua pertiga penduduknya menjelang Hari Kebangsaan pada 9 Ogos.



Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) untuk mengatasi Covid-19 berkata semalam dengan kadar vaksinasi yang lebih tinggi, Singapura akan melihat untuk menjalani hidup dengan Covid-19 sebagai penyakit endemik.



Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong, yang juga pengerusi bersama MTF, berkata:



"Dengan kadar vaksinasi lebih tinggi, kami juga akan dapat memulakan semula perjalanan luar negara. Mereka yang divaksinasi akan diberi konsesi ketika membuat perjalanan atau kembali pulang ke Singapura.



"Sebagai contoh, pengunjung yang sudah divaksinasi, termasuk warga Singapura yang membuat perjalanan luar negara dan pulang ke Singapura, mungkin menjalani ujian lebih kerap berbanding menjalani SHN."



Singapura juga akan membenarkan lebih ramai pekerja asing masuk ke Singapura untuk bekerja.



Gangguan perjalanan yang timbul daripada Covid-19 telah memberi tekanan kepada syarikat, terutama mereka yang bergantung pada pekerja migran serta keluarga yang bergantung pada pembantu rumah asing, kata Encik Gan.



Dalam menangani masalah ini, Encik Gan berkata lebih ramai pekerja, terutamanya pekerja migran dan pembantu rumah asing, akan dibenar masuk ke Singapura.



"Ini akan meringankan tekanan tinggi yang syarikat kita alami sejak pandemik bermula, dan membolehkan projek kecil bermula semula, anggota keluarga bersatu semula dan pembantu rumah asing untuk menyertai mereka."



Dalam sidang akhbar MTF semalam, Menteri Kewangan Lawrence Wong, yang juga pengerusi bersama MTF, berkata pemerintah akan menyemak semula garis panduan kesihatan awam bagi mereka yang sudah divaksinasi di Singapura.



Ini termasuk membenarkan perhimpunan lebih besar.



"Kami boleh membenarkan perhimpunan melibatkan hanya orang divaksinasi untuk mempunyai kumpulan saiz yang lebih besar, dan melonggarkan peraturan jarak selamat dalam sekitaran sedemikian, sebab hanya orang yang divaksinasi yang terlibat."



Ini dapat dilaksanakan dalam pelbagai acara termasuk majlis keagamaan, konsert, acara sukan dan perkahwinan.



Encik Gan berkata sedang Covid-19 menjadi endemik, Singapura akan perlu mengubah cara bagaimana ia menangani penyakit itu dan belajar hidup dengannya.



Menurut beliau, akan terdapat orang yang dijangkiti setiap hari, tetapi sekiranya majoriti penduduk sudah divaksinasi, keadaan koronavirus akan terkawal.



"Apa yang menjadi kunci adalah untuk mengurangkan jumlah kemasukan ke hospital dan jumlah kes yang serius.



"Daripada fokus pada kes harian, kita boleh menumpukan kepada pesakit yang dirawat di hospital atau di ICU (unit rawatan rapi). Inilah yang dilakukan oleh banyak negara lain sekarang," tambah Encik Gan.




"Dengan kadar vaksinasi yang lebih tinggi, kami juga akan dapat memulakan semula perjalanan luar negara. Mereka yang divaksinasi akan diberi konsesi ketika membuat perjalanan atau kembali pulang ke Singapura. Sebagai contoh, pengunjung yang sudah divaksinasi, termasuk warga Singapura yang membuat perjalanan luar negara dan pulang ke Singapura, mungkin menjalani ujian lebih kerap berbanding menjalani SHN."
- Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.



"Kami boleh membenarkan perhimpunan melibatkan hanya orang yang divaksinasi untuk mempunyai kumpulan saiz yang lebih besar, dan juga melonggarkan peraturan jarak selamat dalam sekitaran sedemikian, sebab hanya orang yang divaksinasi yang terlibat."
- Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >