Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Garis panduan pelawat ke Hospital Besar Changi tidak berubah: CGH

Foto BH oleh GAVIN FOO
Jun 28, 2021 | 05:30 AM



GARIS panduan bagi pelawat ke Hospital Besar Changi (CGH) tetap sama bagi kebanyakan pesakit walaupun setelah beberapa kakitangan hospital diuji positif bagi Covid-19.



Pesakit di wad umum masih boleh menerima satu pelawat pada satu masa, dengan had satu lawatan satu orang setiap hari.



Hanya pesakit yang mempunyai kontak rapat bersama mereka yang diuji positif diasingkan, kata CGH dalam perkembangan terkini di laman Facebook semalam.



CGH telah memuatnaik kemas perkembangan terkini setelah salah satu artikel di Mothership.sg tersilap menyatakan garis panduan lawatan telah berubah setelah terdapat ujian positif.



"CGH sedar bahawa terdapat catatan oleh Mothership.sg yang menyatakan bahawa pelawat tidak dibenarkan masuk ke wad pesakit yang menerima rawatan selepas terdapat kes Covid-19 di kalangan kakitangan kami.



"Ini bukan tepat," kata CGH dalam satu catatan di Facebook.



CGH juga berkata janji temu bagi pesakit luar juga diteruskan.



Artikel Mothership.sg, pada 27 Jun lalu sekarang mempunyai nota editor yang menyatakan:



"Versi tajuk utama artikel sebelum ini mengatakan bahawa pelawat tidak akan dibenarkan masuk ke wad pesakit dalam CGH.



"Kami telah membetulkan tajuk utama itu untuk menyatakan bahawa hanya pelawat pesakit yang diasingkan setelah dikenal pasti sebagai kontak rapat kes Covid-19 tidak akan dibenarkan.



"Kami juga telah melakukan pembetulan artikel tersebut dengan penjelasan lebih lanjut mengenai garis panduan lawatan CGH," katanya.



Ini berlaku setelah tiga lagi pekerja hospital di CGH diuji positif bagi virus Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan (MOH) kelmarin.



Mereka adalah seorang jururawat berusia 21 tahun dan dua orang lagi merupakan porter.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >