Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Garis panduan persiap pelajar bagi pembelajaran sepanjang hayat

Sekolah dan ibu bapa berganding bahu bangun kemahiran, keupayaan anak-anak
moe
Feb 17, 2019 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) sedang mengorak langkah perubahan dalam sistem pendidikan bagi menyokong pelajar agar lebih menikmati dan bersiap sedia bagi pembelajaran sepanjang hayat.



Lantaran itu, satu Garis Panduan Bagi Kerjasama Sekolah dan Rumah telah dibangunkan MOE dengan merujuk pada tenaga pengajar di sekolah dan ibu bapa bagi memperjelas cara kedua-dua pihak boleh bekerjasama.



Garis panduan yang antara lain menyentuh cara sekolah dan ibu bapa boleh berganding bahu dalam membangun kemahiran mengurus diri, menyemai sikap bertanggungjawab dan mencorak daya tahan dalam diri anak-anak, diumumkan Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, semalam.



Beliau yang menghadiri acara interaksi ibu bapa di Sekolah Rendah Yu Neng sekitar Bedok North Street 3 itu berkata:



"Anak-anak kita akan melakukan yang terbaik apabila sekolah dan ibu bapa menggembleng tenaga bagi menyokong mereka.



"Kami berharap garis panduan ini akan menjadi rujukan berguna bagi kedua-dua guru dan ibu bapa dalam membantu anak-anak kita mempunyai semangat memiliki terhadap pembelajaran mereka, membangun matlamat hidup di samping berjaya dalam kehidupan."



Menurutnya lagi, garis panduan itu juga akan memberi lebih banyak ruang buat ibu bapa dan sekolah membangun individu yang berpotensi menyumbang kepada pembangunan Singapura di samping memperkasa diri mereka sendiri.



Selaras dengan pengumuman garis panduan itu, Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Sekolah Rendah Yu Neng juga mengadakan acara bersarapan dengan bapa yang disertai golongan ayah contoh atau 'Superdad' dan anak mereka.



Di sesi sarapan itu, sekitar 15 pasangan bapa dan anak melakukan kegiatan bersama. Anak-anak turut menyediakan sarapan buat bapa mereka.



Ketua Kumpulan Sokongan sekolah tersebut, Encik Ong Sin Chwee, yang mempunyai dua anak berusia lapan dan 10 tahun di sekolah itu, berkata:



"Sesi ini membina ikatan bapa dan anak di samping mengajar kanak-kanak agar menanam sifat bertanggungjawab dan ada semangat memiliki dalam apa jua yang mereka lakukan."



Ketua Jabatan Matematik Sekolah Rendah Yu Neng, Cik Zuraida Akbar, 42 tahun, pula menambah, sekolahnya kerap mengadakan satu acara melibatkan ibu bapa setiap penggal.



Ditanya bagaimana garis panduan itu membantu pelajarnya, beliau berkata:



"Garis panduan ini menetapkan jangkaan dan ketekalan di semua sekolah. Ia juga mewujudkan ketelusan dan kejelasan dalam membangun bukan sahaja aspek akademik kanak-kanak tetapi kemahiran hidup mereka juga."



Garis panduan itu akan dikongsi bersama ibu bapa melalui sekolah anak mereka.



Menurut Cik Zuraida, sekolahnya akan menggunakan makalah bulanan buat ibu bapa dan laman Internet dalam menyampaikan gagasan garis panduan itu buat ibu bapa.



"Kami juga akan berkomunikasi bersama ibu bapa setiap hari menerusi e-mel dan buku panduan pelajar kami," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >