Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Setempat0

Gaya sarong kebaya SIA sebagai kru kabin junior

Nov 22, 2020 | 05:30 AM

KUNJUNG kemudahan latihan kru kabin, kenali warisan Singapore Airlines (SIA), cuba simulator penerbangan, dan berpeluang menggayakan sarong kebaya SIA sebagai kru kabin junior.

Demikian antara kegiatan menarik yang ditawarkan syarikat penerbangan tersebut bagi pengunjung pelbagai lapisan umur sedang mereka mula membuka pintu pusat latihan mereka kepada orang awam.

Semalam, seramai 500 peserta mengambil bahagian dalam sesi pertama lawatan Inside Singapore Airlines yang diadakan di Pusat Latihan SIA di Upper Changi Road East.

Lawatan tersebut akan diadakan bagi dua hujung minggu - semalam, hari ini serta 28 dan 29 November.

Antara yang hadir semalam adalah Cik Victoria Lim, 40an tahun, dan suaminya yang telah mendaftarkan anak mereka, Nicole Goh, 7 tahun, bagi pengalaman kru kabin junior.

Sebagai sebahagian pengalaman itu, si cilik dapat memakai sarong kebaya dan mempelajari kemahiran perkhidmatan pelanggan daripada pramugari.

Kegiatan itu merupakan salah satu pilihan berbayar yang boleh ditambah, berharga $88, tidak termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dan termasuk seragam sarong kabaya SIA.

Bagi Cik Lim yang sering mengambil penerbangan sebelum ini, mendaftar bagi lawatan tersebut merupakan cara untuknya menyokong syarikat penerbangan SIA sewaktu pandemik ini.

Menyentuh tentang pengalaman anak perempuannya, beliau berkata:

"Saya rasa ia amat baik, ini sesuatu yang saya tidak jangka lebih-lebih lagi memakai kebaya dan dia dapat membawa kebaya itu pulang. Seluruh pengalaman itu saya rasa amat menyeluruh."

Satu tiket lawatan asas berharga $30 bagi mereka berusia 12 tahun dan ke atas, manakala tiket kanak-kanak berusia antara tiga dengan 12 tahun, berharga $15, tidak termasuk GST.

Lebih 20,000 orang telah meluahkan minat dalam lawatan tersebut, kata Ketua Pegawai Eksekutif SIA Goh Choon Phong.

Menurutnya, objektif utama usaha SIA menerusi tiga inisiatif - Restoran A380 @ Changi, Inside Singapore Airlines dan SIA@Home - adalah untuk mendekati pelanggan sewaktu tempoh di mana tidak banyak penerbangan berlaku seperti sebelumnya.

"Jadi ini memberikan peluang bagi kami untuk terus membuat pelanggan kami mengunjungi kami, untuk berinteraksi dengan kami," katanya yang tersentuh dengan sokongan amat besar yang diterima.

SIA dan SilkAir akan menawarkan pelbagai hidangan baru bagi penerbangan di bawah 3.5 jam mulai 1 Disember ini bagi kelas ekonomi.

Syarikat penerbangan itu turut menggantikan barang perkhidmatan kaserol plastiknya dengan pembungkusan mesra alam, seperti kotak dan cawan diperbuat daripada kertas dan pek kutleri diperbuat daripada buluh.

Ini akan mengurangkan jumlah plastik penggunaan sekali bagi dulang makan sebanyak 80 peratus berdasarkan keberatan, yang akan mengurangkan penggunaan minyak bagi penerbangan. - NUR HUMAIRA SAJAT

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian