KES MENIPU PROJEK PENYALAAN LAMPU RAYA GEYLANG SERAI
Gazaly kerja di MP melalui cadangan Ghani Tahir
May 10, 2016 | 05:30 AM
GAZALY Malek mula bekerja sebagai Pengurus Pentadbiran dan Program dengan Majlis Pusat (MP) antara Disember 2010 dengan Januari 2011.
Dia mendapat pekerjaan itu menerusi cadangan oleh tertuduh bersama, Abdul Ghani Tahir, yang pada ketika itu Setiausaha Kewangan MP dan anggota Jawatankuasa Eksekutif MP (exco).