Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

GE2015: PAP umum pasukan di GRC East Coast dan SMC Fengshan

Aug 27, 2015 | 11:19 AM



MENTERI Tenaga Manusia Encik Lee Swee Say bakal memimpin pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang berpengalaman bagi bertanding di Kawasan Undi Berkumpulan (GRC) East Coast yang dijangka cuba dirampas parti pembangkang di pilihanraya nanti.


Encik Lim, 61 tahun, mengetuai pasukan parti pemerintah yang turut dianggotai Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Pembangunan Negara), Encik Lee Yi Shyan, 53 tahun, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Pembangunan Negara) Dr Mohamad Maliki Osman, 50 tahun; dan Anggota Parlimen (AP) dua penggal Cik Jessica Tan, 49 tahun.


Encik Lim membuat pengumuman itu di cawangan PAP di Bedok pada Khamis (27 Ogos); di mana sukarelawan akar umbi dan wajah baru Cik Cheryl Chan, 38 tahun dinamakan sebagai calon PAP bagi bertanding di Kawasan Undi Perseorangan (SMC) di Fengshan.


Sementara itu, PAP mengumumkan dalam satu kenyataan media bahawa Anggota Parlimen (AP) Encik Charles Chong, 62 tahun bakal mewakilinya di SMC Punggol East yang dimenangi Parti Pekerja di pilihanraya kecil pada 2013.


Pengumuman itu melengkapkan senarai 13 calon parti pemerintah yang bakal bertanding di 13 SMC, iaitu: Bukit Panjang, Bukit Batok, Hong Kah North, Hougang, MacPherson, Mountbatten, Pioneer, Potong Pasir, Punggol East, Radin Mas, Sengkang West,  Yuhua, Fengshan.


Ia juga telah menamakan pasukannya yang bakal bertanding di 15 daripada 16 GRC, iaitu: Ang Mo Kio, Bishan-Toa Payoh, Chua Chu Kang, East Coast, Jurong, Marine Parade, Nee Soon, Sembawang, Tampines, Tanjong Pagar, West Coast, Jalan Besar dan Marisiling-Yew Tee, Holland Bukit Timah, Pasir Ris Punggol.


Hanya satu pasukan PAP - yang bakal bertanding di GRC Aljunied yang dimenangi Parti Pekerja dalam 2011 - belum diumumkan.


 


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >