Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

GE2015: PM lee gesa rakyat 'undi dengan hati murni'

Sep 05, 2015 | 12:55 PM



PILIHAN raya umum 11 September adalah berkenaan masa depan Singapura, memilih pemerintah dan kepimpinan, dan menetapkan hala tuju negara, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada pagi Sabtu (5 September)


Bercakap di sidang media, Encik Lee berkongsi pendapat dan pengamatannya tentang pilihan raya dan tempoh berkempun yang sedang berlangsung. Beliau menggariskan peranan pilihan raya ini bagi melantik pihak yang sesuai dan benar sebagai pemerintah.


"Pemerintah bukan sesuatu yang hanya wujud begitu sahaja, ia dibentuk insan yang berkeupayaan menentukan keberkesanannya," kata Encik Lee di ibu pejabat Parti Tindakan Rakyat (PAP) di New Upper Changi Road.


Menurut Encik Lee, PAP telah membentangkan tiga isu dalam kempennya: kandungan, komunikasi dan keyakinan, iaitu 'idea yang benar, cara betul bagi menyampaikan idea ini, dan keyakinan bahawa ia adalah benar dan mereka akan menjadikannya realiti'.


Beberapa polisi, seperti perumahan perlu terus diusahakan, katanya. Polisi lain, seperti memindahkan pelabuhan dan Pangkalan Udara Paya Lebar, bukan sahaja bagi pemerintah penggal selanjutnya, malah bagi tempoh 30 tahun mendatang


"Inilah yang dilakukan oleh PAP... perancangan jangka panjang bagi rakyat," kata Encik Lee.


"Inilah negara yang kami dambakan. Masa depan yang lebih baik daripada hari ini, di mana generasi muda boleh hidup lebih baik daripada ibu bapa mereka. Kami katakan, kami mampu melakukan ini dengan anda."


Beliau menggesa warga membandingkan calon berdasarkan ‘mutu seseorang, integriti watak, komitmen berkhidmat’ dan mengingatkan pengundi mengundi dengan hati murni.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >