Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

GE2020: PM Lee terima ucap tahniah dari Presiden Xi

Jul 14, 2020 | 10:25 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden China, Encik Xi Jinping saling memperkukuh semula ikatan utuh antara Singapura dan China sedang kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik tahun ini.



Mereka juga saling menghargai bantuan dan sokongan yang saling diberikan kedua-dua negara dalam berdepan dengan penularan wabak Covid-19.



Persahabatan dua negara ini tersingkap dalam panggilan telefon yang diterima PM Lee dari Presiden Xi. Dalam perbualan mereka itu, Presiden Xi mengucapkan tahniah kepada PM Lee atas keputusan Pilihan Raya Umum (GE) Singapura pada 10 Julai lalu. PM Lee pula mengucapkan takziah kepadanya menyusuli banjir di China baru-baru ini di samping melahirkan keyakinan China mampu mengatasi cabaran ini.



Butiran perbualan mereka ini didedahkan dalam satu kenyataan Kementeriah Ehwal Luar (MFA)  



Kedua-dua pemimpin ini juga saling berkongsi cara memudahkan usaha memulihkan ekonomi di tengah-tengah wabak Covid-19 dengan memperkukuh jalinan rentas sempadan dan rantaian bekalan di samping kerjasama kewangan, perdagangan dan pelaburan. Mereka mengalu-alukan kerjasama dua hala dan antarabangsa dalam mengendalikan kesan kesihatan awam dan sosioekonomi pandemik ini.



 Mereka juga berbincang tentang kemajuan lanjutan dalam projek dua hala seperti Inisiatif  Demonstrasi China-Singapura Mengenai Ketersambungan Strategik-Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baru serta kerjasama di bawah Inisiatif 'Belt and Road'.



PM Lee dan Presiden Xi juga bertukar-tukar pandangan tentang perkembangan serantau dan antarabangsa.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >