Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gegas ke GSA sahut undangan tunai haji susuli tambahan jemaah SG

Jun 22, 2022 | 05:30 AM



PEJABAT di beberapa ejen penjualan pakej haji (GSA) dibanjiri bakal jemaah haji semalam, ekoran pengumuman tambahan bagi kuota jemaah haji Singapura tahun ini.



Mereka yang menerima undangan untuk mengerjakan haji tahun ini menyusuli kuota tambahan itu, kelihatan beratur dan menunggu giliran untuk mendapatkan pakej yang ditawarkan Ejen Penjualan Individu (IGSA) dan GSA Konsortium (CGSA) yang dilantik Muis untuk mengendalikan ibadah haji 2022.



Ini termasuk di Shahidah Travel & Tours (di bawah IGSA), Jalaluddin Travel & Services dan TM Fouzy Travel & Tours (di bawah CGSA).



Difahamkan, ada yang sanggup tunggu lama menunggu giliran untuk memproses pendaftaran pakej haji pilihan.



Meskipun masa agak singkat, pihak GSA yang dihubungi Berita Harian (BH) berkata mereka berusaha gigih memenuhi keperluan bakal jemaah ke Tanah Suci.



Ada yang melanjutkan waktu operasi mereka untuk memberikan peluang kepada jemaah haji yang hanya dapat hadir di luar waktu pejabat.



Sebelum ini, sejumlah 407 tempat telah diperuntukkan bagi jemaah Singapura - sekitar 45 peratus daripada kuota rasmi negara sebanyak 900 jemaah sebelum pandemik.



Kumpulan pertama haji bakal berangkat Sabtu ini.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, bakal mengetuai delegasi Singapura untuk mengerjakan haji tahun ini.



Delegasi haji tahun ini akan disokong kakitangan di bawah Pejabat Ehwal Jemaah Haji Singapura (SPAO) yang akan menyediakan perkhidmatan perubatan dan kebajikan.



Mereka terdiri daripada empat doktor, enam jururawat dan enam pegawai pentadbiran yang bakal mengiringi jemaah sepanjang perjalanan di Jeddah, Makkah, Arafah, Muzdalifah, Mina dan Madinah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >