Sepanjang Hari Raya ini, Berita Harian menganjurkan pertandingan di media sosial untuk pembaca berkongsi gambar menarik ketika mereka berkunjung ke rumah sanak saudara serta pos menarik dan kreatif berkaitan Raya. Pembaca memuat naik gambar mereka itu di wadah media sosial sendiri termasuk Facebook, Instagram dan Twitter, dengan menggunakan tanda hash #BH60Raya. Mereka juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah termasuk baucar beli-belah. Tiga gambar yang paling menarik dan kreatif akan memenangi telefon bimbit Huawei. Berikut antara gambar sumbangan pembaca menerusi tanda hash #BH60Raya ini.