Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gelapkan $1.1j wang janda: Yang Yin dipenjara 6 tahun

Sep 30, 2016 | 12:06 PM



BEKAS pemandu pelancong China, Yang Yin, dihukum penjara enam tahun pada Jumaat (30 Sept) kerana menggelapkan $1.1 juta yang diamanahkan kepadanya oleh seorang janda kaya Singapura.



Yang, yang berkawan dengan Cik Chung Khin Chun ketika menjadi pemandu pelancong beliau dan berpindah ke Singapura untuk tinggal di banglonya di Yio Chu Kang pada 2009, mengaku bersalah Ogos lalu terhadap dua tuduhan pecah amanah $500,000 pada 2010 dan $600,000 pada 2012.



Cik Chung, 89 tahun, disahkan menghidap demensia pada April 2014.



Pada permulaan perbicaraan pada Jumaat, Hakim Daerah Utama Bala Reddy berkata hukuman yang dijatuhkan perlu mencerminkan jumlah wang yang diseleweng dan mengambil kira pelbagai faktor yang memburukkan kes itu.



Pihak pendakwaan meminta hukuman penjara 10 hingga 12 tahun. Ia mempunyai masa dua minggu untuk merayu hukuman itu.



Pada Khamis (29 Sept), Yang dihukum penjara 26 bulan bagi beberapa kesalahan, kebanyakannya berkaitan memalsukan resit bayaran kepada syarikat palsunya, Young Music and Dance Studio, bagi mengelirukan pihak berkuasa hingga memberinya status Penduduk Tetap (PR).



Hukuman penjara 26 bulan itu dikebelakangkan ke masa Yang, 42 tahun, direman pada Oktober 2014.



Dua hukuman penjara itu akan berjalan secara berasingan.



Pada Januari 2010, Yang memujuk Cik Chung supaya memberinya $500,000 untuk dia membelikan beliau sebuah lukisan kuda oleh pelukis terkenal China, Xu Beihong. Lukisan itu kemudiannya dinyatakan oleh seorang pakar lukisan sebagai palsu dan berharga $200.



Yang juga cuba menyembunyikan penyelewengan sebanyak $600,000 yang dilakukannya dengan berdusta kepada polis bahawa dia menggunakan wang itu untuk membeli lima lukisan untuk Cik Chung.



Lima lukisan disahkan oleh pakar bernilai $2,000 hingga $3,000 kesemuanya. Hingga hari ini, kedua-dua jumlah wang itu tidak dapat dikesan.



Dari masa Yang berpindah ke banglo Cik Chung pada 2009 hingga dia ditangkap pada 2014, simpanan tunai Cik Chung berkurangan daripada $2.7 juta kepada $10,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >