DARI MAHKAMAH
Gelapkan wang: Bekas pengerusi masjid dijel 27 bulan
Apr 25, 2019 | 05:30 AM
BEKAS pengerusi Lembaga Pentadbir Masjid (LPM) Masjid Darussalam, Ab Mutalif Hashim, yang menggelapkan lebih $370,000 wang kutipan masjid, dipenjara dua tahun tiga bulan semalam.
Dia menggunakan wang tersebut antara lain untuk membayar bil kad kredit, elaun keluarga, pergi ke luar negara dan belanja perubatan.