Gelapkan wang masjid: Pegawai dijel 9 bulan
Pecah amanah oleh kakitangan khidmat korporat libatkan hampir $38,000
Jan 09, 2020 | 05:30 AM
SEORANG pegawai perkhidmatan korporat di Masjid Darul Aman yang diamanahkan untuk mengumpul wang seperti sumbangan orang ramai dan bayaran untuk kelas agama, akhirnya menyalahgunakan wang hampir $38,000 di masjid itu.
Marlina Abdul Rahman melakukan kesalahan itu dari Mac 2017 hingga Julai tahun lalu.