PERANAN beliau tampak mudah, namun hakikatnya banyak yang perlu Cik Azizah Sapari pertimbangkan ketika beliau melakukan tugasannya.
Sebagai Jurutera Kanan Projek bersama Singapore Rail Engineering, anak syarikat SMRT Corporation Limited, beliau perlu menaik taraf dan melakukan kerja pemfabrikatan gerabak MRT yang sudah lapuk.