Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Gelembung perjalanan HK-S'pura ditangguh dua minggu

Nov 22, 2020 | 05:30 AM



PELANCARAN gelembung perjalanan udara (ATB) antara Singapura dengan Hong Kong yang sepatutnya bermula hari ini akan ditangguhkan buat dua minggu.



Tarikh pelancaran barunya akan diumumkan pada tarikh lebih lewat, kata Menteri Pengangkutan Encik Ong Ye Kung semalam.



Perubahan 'u-turn' itu tiba beberapa jam setelah pihak berkuasa di kedua-dua negara setuju untuk meneruskan pengaturan perjalanan itu walaupun terdapat peningkatan dalam jumlah jangkitan Covid-19 di Hong Kong.



Dalam pos Facebook yang dimuat naik pada 5 petang semalam, Encik Ong berkata beliau dan Setiausaha Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi Hong Kong, Encik Edward Yau bersetuju ia lebih baik untuk menangguhkan pelancaran itu memandang keadaan di Hong Kong sedang berubah-ubah.



"Kami akan mengkaji semula dalam dua minggu mengenai tarikh pelancaran baru itu dan memberi kemas kini lagi," tulisnya.



ATB Singapura-Hong Kong merupakan yang pertama bagi Singapura sejak sekatan sempadan ditetapkan di tengah-tengah pandemik Covid-19.



Ia sepatutnya dijadualkan untuk bermula hari ini dengan satu penerbangan ke setiap bandar dan setiap penerbangan mempunyai kapasiti maksimum 200 penumpang.



"Saya boleh faham sepenuhnya kehampaan dan kekecewaan pengunjung yang telah merancang perjalanan mereka. Tetapi kami rasa ia lebih baik untuk menangguh daripada sudut pandangan kesihatan awam," kata Encik Ong.



Beliau menambah syarikat penerbangan akan menghubungi para penumpang yang terjejas.



"Ini merupakan peringatan serius bahawa virus Covid-19 masih berada bersama kita, dan walau kita berjuang untuk mendapat balik kehidupan normal kita, perjalanannya akan dipenuhi naik dan turun.



"Tetapi kita akan terus tabah dan menantikan bila kita boleh melancarkan secara selamat ATB itu, "tambahnya.



Penguasa kesihatan Hong Kong melaporkan 43 kes Covid-19 semalam, di mana 36 merupakan kes tempatan, dan 13 tidak dapat dikesan.



Ini membawa jumlah keseluruhan kepada 5,560 dan 108 kematian.



Di bawah syarat persetujuan ATB Singapura-Hong Kong, pengaturan tersebut akan digantung selama dua minggu sekiranya purata tujuh hari bagi jumlah kes harian Covid-19 tiada kaitan melebihi lima sama ada di Singapura atau Hong Kong.



Kes tiada kaitan baru Hong Kong yang dilaporkan semalam menjadikan purata tujuh hari kepada 3.86.



Dalam kenyataan Singapore Airlines (SIA) semalam, jurucakapnya berkata syarikat tersebut menyokong keputusan penguasa Singapura dan Hong Kong.



Kesihatan dan keselamatan penumpang kekal sebagai keutamaan tertinggi, katanya.



Pelanggan yang tidak lagi mahu meneruskan perjalanan disebabkan penangguhan itu boleh meminta pembayaran balik penuh bagi bahagian tiket mereka yang belum digunakan, dan mempunyai bayaran pembatalan dikecualikan, tambahnya.



Pada awal semalam, Encik Ong telah berkata gelembung perjalanan udara sepatutnya bermula hari ini, tetapi mempunyai "peluang tinggi" ia akan digantung memandangkan terdapat jumlah kes semakin meningkat di Hong Kong.



Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) pada awalnya semalam juga berkata semua yang tiba di Singapura akan perlu mengambil ujian reaksi rangkaian polimerase (PCR) Covid-19 di Lapangan Terbang Changi sebagai langkah berjaga-jaga tambahan di samping mengambil ujian PCR Covid-19 sebelum berangkat ke Singapura.



Walau dengan penggantungan gelembung perjalanan itu, warga Singapura, penduduk tetap atau pemegang pas jangka panjang masih boleh pulang ke Singapura dari Hong Kong menerusi penerbangan tanpa gelembung.



Namun, mereka akan dikenakan pengaturan kuarantin Singapura seperti notis jangan keluar rumah (SHN) selama tujuh hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >