Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gelembung perjalanan SG-HK ditangguh lagi

May 18, 2021 | 05:30 AM



GELEMBUNG Perjalanan Udara (ATB) bagi membolehkan perjalanan tanpa kuarantin antara Singapura dan Hong Kong akan ditangguhkan lagi berikutan lonjakan kes Covid-19 di Singapura.



Kedua-dua bandar itu telah berkata gelembung perjalanan udara tersebut - yang sepatutnya dilancarkan pada 26 Mei - akan ditangguhkan apabila purata bergerak tujuh hari bagi kes Covid-19 masyarakat yang tidak berkait di Singapura atau Hong Kong meningkat ke lebih daripada lima.



Hingga semalam, purata bergerak tujuh hari bagi kes masyarakat tidak berkait di Singapura naik kepada enam.



Terdapat juga puluhan kes berkait dalam masyarakat yang dilaporkan dalam tempoh seminggu lalu.



Kementerian Pengangkutan (MOT) semalam berkata Menteri Pengangkutan S. Iswaran mengadakan mesyuarat pada sebelah pagi dengan Setiausaha Pembangunan Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong, Encik Edward Yau, mengenai isu tersebut.



"Kedua-dua pihak tetap komited untuk melancarkan ATB dengan selamat," kata MOT.



"Namun, memandangkan peningkatan baru-baru ini dalam kes masyarakat tidak berkait, Singapura tidak dapat memenuhi kriteria untuk memulakan ATB Singapura-Hong Kong."



Oleh itu, kedua-dua pihak bersetuju menangguhkan pelancaran ATB untuk melindungi kesihatan pengunjung dan orang awam di kedua-dua tempat ini, tambah MOT.



Ia berkata kedua-dua bandar itu akan memantau keadaan kesihatan awam dan mengkaji semula tarikh pelancaran baru penerbangan ATB menjelang hujung fasa kedua (dipertingkat) pembukaan semula Singapura.



MOT berkata syarikat penerbangan akan menghubungi penumpang terjejas untuk menawarkan bantuan.



Pengunjung masih boleh meneruskan perjalanan ke Hong Kong dengan penerbangan bukan ATB. Tetapi ini bermakna mereka akan menghadapi sekatan kesihatan dan sempadan lebih ketat di kedua-dua bandar, seperti Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) tujuh hari apabila mereka pulang ke Singapura.



Seorang jurucakap pemerintah Hong Kong semalam berkata kedua-dua bandar itu juga akan memantau keberkesanan langkah Covid-19 lebih ketat yang dilaksana di Singapura sejak kelmarin.



Langkah itu, seperti larangan makan di luar, akan dilaksana hingga 13 Jun.



"Pengumuman lebih lanjut akan dibuat pada atau sebelum 13 Jun," kata jurucakap itu.



Gelembung tersebut dijadualkan dilancarkan pada 26 Mei, enam bulan selepas pelancaran asalnya yang dirancang pada 22 November lalu.



Ia ditangguhkan kali pertama tahun lalu oleh kedua-dua pihak kerana keadaan Covid-19 yang semakin buruk di Hong Kong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >