Subuh
5:54
Syuruk
7:16
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Setempat0

Gelembung perjalanan SG-HK ditangguh lagi; tarikh permulaan disemak hujung Disember

Dec 01, 2020 | 05:23 PM

GELEMBUNG perjalanan udara (ATB) antara Singapura dengan Hong Kong ditunda lagi tanpa tarikh permulaan yang ditetapkan buat masa ini, sedang bilangan kes Covid-19 tempatan yang tidak berkait di Hong Kong kekal tinggi.

Mengumumkan demikian dalam satu kenyataan pada Selasa (1 Dis), Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) berkata kedua-dua pihak telah memutuskan untuk menangguhkan permulaan ATB Singapura - Hong Kong (ATB) melebihi Disember.

"Tarikh permulaan tepat pengaturan ATB akan disemak pada akhir Disember," katanya.

ATB itu, yang pertama di dunia, sepatutnya bermula 22 November lalu tetapi ditangguhkan selama dua minggu disebabkan peningkatan kes Covid-19 di Hong Kong.

CAAS berkata penumpang dinasihatkan agar menghubungi syarikat penerbangan mereka mengenai rancangan perjalanan mereka.

"Pihak berkuasa Singapura dan Hong Kong sedang berbincang dan akan memberi maklumat terkini apabila ada perkembangan selanjutnya," kata CAAS.

Di bawah ATB itu, pelawat dari Singapura dan Hong Kong boleh berkunjung ke bandar satu sama lain untuk tujuan riadah. Ia ATB pertama bagi negara ini sejak sekatan sempadan dikenakan ekoran pandemik Covid-19.

Di bawah aturan itu, pelawat perlu mengambil penerbangan yang disediakan khusus oleh syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) dan Cathay Pacific, tidak perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau kuarantin, dan tiada jadual lawatan terkawal.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map