Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Gelembung perjalanan S'pura-Hong Kong ditangguhkan lagi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Gelembung perjalanan S'pura-Hong Kong ditangguhkan lagi

May 17, 2021 | 05:20 PM

GELEMBUNG perjalanan udara (ATB) antara Singapura dan Hong Kong yang membolehkan pengunjung tidak perlu dikuarantin telah ditangguhkan lagi berikutan peningkatan bilangan jangkitan Covid-19 dalam masyarakat di sini.

Kementerian Pengangkutan (MOT) berkata Menteri Pengangkutan S. Iswaran telah mengadakan mesyuarat pagi ini (17 Mei) dengan Setiausaha Perdagangan dan Pembangunan Ekonomi Hong Kong, Encik Edward Yau berkaitan isu tersebut.

Kedua-dua Encik Iswaran dan Encik Yau setuju untuk menangguhkan penerbangan ATB yang telah dirancang pada 26 Mei.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan MOT, Singapura dikatakan tidak dapat memenuhi kriteria bagi memulakan ATB Singapura-Hong Kong itu.

"Oleh itu, kedua-dua pihak bersetuju menangguhkan pelancaran ATB untuk melindungi kesihatan pengunjung dan orang awam di kedua-dua negara," kata kenyataan tersebut.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3