Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gelembung perjalanan udara SG-HK dijangka mula 26 Mei

Beberapa peraturan bagi perjalanan akan diperketat
Apr 27, 2021 | 05:30 AM



GELEMBUNG perjalanan udara antara Singapura dengan Hong Kong dijangka bermula pada 26 Mei, enam bulan selepas tarikh asal pelancarannya.



Ia dijadual dilancar pada November lalu, tetapi tarikhnya dianjak kededua pihak kerana keadaan Covid-19 yang bertambah buruk di Hong Kong.



Kementerian Pengangkutan (MOT), semalam berkata gelembung perjalanan itu akan dimulakan secara berhati-hati.



Satu penerbangan sehari dirancang bagi setiap haluan, dengan setiap penerbangan dihadkan kepada 200 penumpang pada dua minggu pertama. Had ini akan disemak semula selepas tempoh itu.



Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung berkata: "Saya gembira Hong Kong berjaya mengawal keadaan Covid-19 di sana. Masa telah berlalu beberapa bulan, tetapi keadaan kini sesuai lagi untuk melancarkan semula Gelembung Perjalanan Udara (ATB).



"Kededua pihak harus terus berjaga-jaga bagi satu bulan selanjutnya supaya kita boleh mengadakan penerbangan pertama dengan lancar."



Peraturan bagi perjalanan juga akan diperketat.



Pengunjung perlu kekal berada sama ada di Singapura atau Hong Kong sepanjang 14 hari sebelum tarikh keberangkatan, dan tempoh 14 hari itu tidak boleh termasuk masa yang dihabiskan untuk menjalani kuarantin atau notis duduk di rumah (SHN) ekoran perjalanan sekembalinya ke Singapura atau Hong Kong dari luar negara.



Pengunjung dari Singapura juga perlu memuat turun dan melancarkan aplikasi LeaveHomeSafe (LHS) di telefon bimbit sebelum meninggalkan Singapura untuk ke Hong Kong.



Salah satu peraturan baru ialah, Hong Kong juga memerlukan penduduknya supaya divaksin sepenuhnya terhadap Covid-19 sebelum keberangkatan menaiki penerbangan ATB.



Ini menurutnya akan memberi masa untuk bakal pengunjung menimbangkan pelan perjalanan mereka.



Selain itu, atas permintaan Hong Kong juga, masa sebulan itu juga akan memberi peluang kepada penduduk Hong Kong mengambil suntikan vaksin.



Singapura katanya, akan memastikan bahawa jangkitan Covid-19 kekal "pada paras yang amat, amat rendah," kata Encik Ong.



Satu daripada faktor yang menyebabkan penangguhan gelembung perjalanan udara ini ialah jika purata tujuh hari bagi kes masyarakat yang tiada kaitan dalam salah satu bandar, meningkat kepada lebih 5 kes.



Bagi Singapura, bilangan ini tidak termasuk pekerja asing yang tinggal di dormitori, di mana lebih 90 peratus kes koronavirus tahun lalu.



Encik Ong menambah risiko kes Covid-19 yang tiada kaitan dalam masyarakat adalah lebih tinggi daripada di dormitori.



Meski Hong Kong memerlukan penduduknya menjalani vaksinasi Covid-19 sebelum ke Singapura di bawah aturan ini, tiada keperluan yang sama bagi pengunjung dari Singapura.



Encik Ong berkata keperluan vaksinasi Hong Kong merupakan "insentif tambahan" bagi penduduknya untuk divaksinasi. Kadar vaksinasi di Singapura juga sedang berada di paras yang baik.



Sebaliknya, Encik Ong menekankan keutamaan bagi pembukaan semula perjalanan ialah destinasi yang menjadi rakan kongsi Singapura merupakan tempat yang "selamat," tambahnya lagi.



Tempat di mana Singapura telah membuka sempadannya termasuk Australia, Brunei, China, New Zealand dan Taiwan, dan ini merupkan "rakan kongsi alami" bagi gelembung perjalanan udara masa depan, kata Encik Ong.




"Saya gembira Hong Kong berjaya mengawal keadaan Covid-19 di sana. Masa telah berlalu beberapa bulan, tetapi keadaan kini sesuai lagi untuk melancarkan semula Gelembung Perjalanan Udara (ATB). Kededua pihak harus terus berjaga-jaga bagi satu bulan selanjutnya supaya kita boleh mengadakan penerbangan pertama dengan lancar."
- Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >