Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gelombang jangkitan Covid-19 varian BA.5 Omicron dijangka kian reda minggu ini

Aug 02, 2022 | 05:30 AM



  • Bilangan jangkitan merosot dalam tempoh 10 hari lalu   

  • 40,000 warga emas 60 tahun dan ke atas belum terima suntikan penggalak   

  • Bilangan kematian Covid-19 tahun lalu naik selepas semakan

GELOMBANG jangkitan Covid-19 ekoran varian BA.5 Omicron dijangka semakin reda minggu ini, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, di Parlimen semalam.



Ini setelah bilangan jangkitan merosot dalam tempoh 10 hari lalu dan kadar jangkitan mingguan telah turun ke bawah 0.9 sejak beberapa hari lalu.



Kadar tersebut merujuk kepada nisbah kes masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.



Kadar lebih daripada satu menunjukkan bilangan kes Covid-19 mingguan baru semakin meningkat.



Menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) Encik Seah Kian Peng (GRC Marine Parade) tentang peratusan penduduk yang telah dijangkiti Covid-19, Encik Ong berkata enam dalam 10 penduduk di Singapura mungkin telah dijangkiti Covid-19 namun ini tidak bermakna negara ini telah mencapai imuniti kelompok.



Ini kerana "virus itu akan terus bermutasi, terlepas daripada perlindungan vaksin dan menjangkiti orang ramai", katanya.



Daripada menyasarkan imuniti kelompok, Encik Ong berkata apa yang boleh dicapai ialah perlindungan penduduk terhadap penyakit teruk menerusi vaksinasi.



Beliau berkata, orang ramai perlu sedar tentang masalah kekurangan katil di hospital semasa gelombang jangkitan Covid-19 disebabkan oleh bilangan kes yang tinggi, dan bagaimana ia membawa kepada penyakit teruk yang memerlukan rawatan di hospital.



Ada dua cara untuk mengurangkan kemasukan ke hospital iaitu sekatan sosial dan perlindungan vaksin yang baik dalam kalangan penduduk, katanya.



"Kita semua tidak mahu mengembalikan sekatan sosial seberapa mungkin, jadi kita perlu bergantung kepada vaksinasi.



"Sehubungan itu, seperti ramai warga Singapura, saya amat berbangga bahawa... ramai orang telah mendapatkan vaksinasi terkini.



"Daya tahan telah diperkukuhkan lagi apabila ramai orang pulih dengan selamat daripada jangkitan," katanya.



Untuk mendapatkan perlindungan vaksin yang baik terhadap penyakit teruk daripada jangkitan Omicron, tiga suntikan vaksin mRNA diperlukan, kata Encik Ong.



Tetapi, apa yang merisaukan ialah masih terdapat 40,000 warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang belum menerima suntikan penggalak mereka walaupun mereka layak.



Lagi 40,000 warga emas masih belum menerima dua dos vaksin.



"Kesemua mereka sangat terdedah kepada penyakit yang teruk jika dijangkiti," katanya.



Menjawab soalan Cik Joan Pereira (GRC Tanjong Pagar) tentang jangkitan semula, Encik Ong berkata ia berlaku di Singapura tetapi rata-rata kadar jangkitan semula semasa gelombang kali in adalah rendah di sini, dan lebih rendah berbanding banyak negara lain.



Encik Ong berkata Kementerian Kesihatan (MOH) sedang memantau bilangan jangkitan semula dengan teliti kerana ia akan dapat memaklumkan tentang bila mungkin berlakunya gelombang akan datang.



"Pemantauan kami ialah, bagi mereka yang dijangkiti dalam tempoh tiga bulan lalu, kemungkinan mereka mengalami satu lagi jangkitan amat jarang berlaku.



"Bagi mereka yang dijangkiti empat hingga tujuh bulan lalu, kemungkinan dijangkiti semula adalah sekitar 3 peratus daripada individu yang tidak dijangkiti.



"Jika anda telah dijangkiti Delta tahun lalu, kemungkinan dijangkiti semula adalah sekitar 20 peratus daripada individu yang tidak dijangkiti," katanya.



Encik Ong berkata kes jangkitan semula berkemungkinan akan meningkat sedang perlindungan terhadap jangkitan terdahulu pudar, dan oleh itu, pemerintah akan menyertakan bilangan jangkitan semula dalam kiraan kes Covid-19 harian yang dilaporkan.



Sementara itu, MOH menyatakan semalam jumlah kematian disebabkan Covid-19 tahun lalu telah disemak dari 803 kepada 821, satu peningkatan 2.2 peratus.



Penyesuaian itu dibuat selepas rekod MOH dan Pendaftar Bagi Kelahiran dan Kematian dibandingkan dan selepas Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (RBD) menyelesaikan laporannya bagi tahun lalu.



Antaranya, MOH menyatakan lapan kematian tidak dilaporkan kepada MOH tetapi kepada Pendaftar; 11 kematian dilaporkan kepada MOH tetapi tidak dinyatakan ia disebabkan Covid-19; manakala satu kematian dilaporkan oleh MOH berlaku pada 2021 tetapi direkodkan sebagai tahun ini oleh Pendaftar.




"Kita semua tidak mahu mengembalikan sekatan sosial seberapa mungkin, jadi kita perlu bergantung kepada vaksinasi.



Sehubungan itu, seperti ramai warga Singapura, saya amat berbangga bahawa... ramai orang telah mendapatkan vaksinasi terkini.



Daya tahan telah diperkukuhkan lagi apabila ramai orang pulih dengan selamat daripada jangkitan."



-Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >