Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KAHWIN CAMPUR

Gembira anak-anak membesar dalam kepelbagaian budaya di S'pura

Oct 13, 2019 | 05:30 AM



BEBERAPA kali apabila Encik Muhammad Khidir Mohamed Yunus keluar berjalan-jalan atau pergi membeli-belah bersama isterinya, Cik Sarita Birgit Takalahti, warga asal Finland, pastinya mereka akan 'ditenung' orang sekeliling.



Pernah juga seorang juruwang bertanyakan kepadanya, dengan nada yang terperanjat: "Wah, your wife angmoh?"(Wah isteri anda orang kulit putih?)



Oleh kerana sudah terbiasa dengan teguran sedemikian, Encik Khidir ada kalanya menjawab dengan lawak jenaka, "No lah auntie. She's Malay!"(Tidaklah Cik. Dia orang Melayu!)



Pasangan ini, yang kedua-duanya berusia 32 tahun, telah mendirikan rumah tangga sekitar tujuh tahun lalu.



Mereka bertemu di Bali, Indonesia, ketika masing-masing sedang bercuti di sana.



"Rasanya bila berkenalan macam keserasian itu terus wujud. Kami berdua mempunyai banyak persamaan seperti gemar segala yang berkaitan dengan kecergasan atau fitness, melancong dan bersukan," katanya.



Beliau, yang merupakan seorang jurulatih renang dan pengasas syarikat Smileswimmers serta jurulatih kecergasan yang mengajar senaman metafit, mempunyai banyak klien daripada negara lain seperti dari Eropah, kaum Kaukasia dan Serani.



Keserasian itu telah mendorong mereka untuk terus mengenali hati budi satu sama lain dengan lebih mendalam lagi.



"Oleh kerana perbezaan masa, saya akan bangun awal sebelum subuh untuk berbual dengannya menerusi skype. Masa di Finland adalah enam jam di belakang Singapura," ujarnya.



Encik Khidir akui pernah berpacaran dengan wanita Melayu sebelum ini tetapi jodoh tidak kesampaian kerana tidak sehaluan.



Meski tempoh perkenalan dengan isterinya ringkas, iaitu sekitar setahun, pasangan itu memutuskan untuk bernikah selepas Cik Sarita memeluk agama Islam.



"Alhamdulillah ibu bapa saya menyokong keputusan saya untuk bernikah dengannya. Bahkan apabila isteri saya datang ke Singapura buat pertama kali, mereka telah menganggapnya bak anak sendiri," katanya lagi.



Menurut Cik Sarita, pilihan yang dibuatnya untuk mengahwini seorang lelaki Muslim yang menginap di Singapura - jauh beribu batu daripada tempat tinggal asalnya - memang sesuatu yang menggerunkan untuk kededua ibu bapanya.



"Tidak mudah bagi mereka pada awalnya, mentelah lagi mereka belum pernah ke Singapura dan tidak tahu budaya, agama, sekitaran dan juga keluarga Khidir.



"Tetapi semua kebimbangan itu reda apabila mereka dapat bertemu dengan ahli keluarga dan melihat keadaan kehidupan di sini," kongsinya.



Singapura dipilih sebagai negara kediaman pasangan ini kerana syarikat Encik Khidir telahpun ditubuhkan ketika itu.



Pelbagai peluang yang ditawarkan di sini juga merupakan antara pertimbangan penting untuk mereka terus menetap di sini meskipun sistem pendidikan Finland antara yang terbaik di dunia.



Cik Sarita, yang juga seorang jurulatih kecergasan, mengakui cabaran terbesar baginya ialah berjauhan daripada keluarga dan perlunya menyesuaikan diri dengan sekitaran serba baru.



Beliau hanya kembali ke 'kampung halaman' di Kempele yang terletak di utara Finland, dua kali setahun.



Satu lagi perubahan besar buat dirinya ialah apabila beliau memilih agama Islam.



"Sebelum ini saya seorang Kristian tetapi di Finland, agama tidak memainkan peranan besar dalam kehidupan seharian kami.



"Alhamdulillah dari awal, suami dan juga keluarganya membuat saya rasa selesa terhadap Islam. Mereka sering bersedia untuk mengajar dan mendidik saya," katanya lagi.



Pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata - Muhammad Mikael dan Muhammad Daniel - masing-masing berusia lima dan tiga tahun.



"Saya rasa gembira anak-anak saya dapat membesar di Singapura di mana mereka dapat mengenali orang daripada pelbagai negara dan budaya.



"Kepelbagaian yang dinikmati di sini serta rasa hormat yang ditonjolkan terhadap mereka yang berbeza bangsa, agama dan budaya begitu indah dan saya bersyukur mereka dapat mempelajari semua ini di sini," tambah Cik Sarita.




Tidak mudah bagi mereka pada awalnya, mentelah lagi mereka belum pernah ke Singapura dan tidak tahu budaya, agama, sekitaran dan juga keluarga Khidir. Tetapi semua kebimbangan itu reda apabila mereka dapat bertemu dengan ahli keluarga dan melihat keadaan kehidupan di sini... Alhamdulillah dari awal, suami dan juga keluarganya membuat saya rasa selesa terhadap Islam. Mereka sering bersedia untuk mengajar dan mendidik saya... Saya rasa gembira anak-anak saya dapat membesar di Singapura di mana mereka dapat mengenali orang daripada pelbagai negara dan budaya. Kepelbagaian yang dinikmati di sini serta rasa hormat yang ditonjolkan terhadap mereka yang berbeza bangsa, agama dan budaya begitu indah dan saya bersyukur mereka dapat mempelajari semua ini di sini.
- Cik Sarita Birgit Takalahti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >