Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gembira dapat kunjungi ibu di TTSH sekali lagi

May 25, 2021 | 05:30 AM



SUDAH hampir sebulan Encik Haikel Ismail tidak dapat bertemu ibunya yang menerima rawatan di Hospital Tan Tock Seng (TTSH).



Semasa perayaan, Encik Haikel berasa sedih kerana tidak dapat meluang masa pada Hari Raya pertama bersama ibu kesayangannya.



Namun, dengan sekatan di TTSH yang dilonggarkan pada 18 Mei, yang membuka semula pintu kepada pengunjung, beliau melahirkan rasa bersyukur dan gembira dapat menemui ibunya meskipun waktu pertemuan dihadkan kepada hanya 30 minit sehari.



Sejak 18 Mei, TTSH dibuka semula secara berperingkat untuk menerima pesakit setelah tidak menerima pesakit dan pengunjung selama 20 hari akibat lonjakan kes masyarakat Covid-19 di TTSH.



Ketika dihubungi Berita Harian semalam, Haikel mengakui perasaan gembiranya tidak terkata apabila menerima berita baik itu.



"Kita tunggu lama juga sebenarnya untuk dapatkan berita ini.



"Apabila saya ke hospital Sabtu lalu, saya rasa macam saya balik kampung untuk berjumpa bersama orang tua saya," selorohnya.



"Rindu sangat dengan ibu saya. Keadaan ini bukan sesuatu yang kita jangkakan.



"Ibu saya masuk ke hospital disebabkan perkara lain tetapi penginapannya di sana berlanjutan kerana penularan Covid-19 di hospital itu," jelasnya.



Menurut Encik Haikel, 27 tahun, ibunya dibawa ke hospital kerana diserang angin ahmar pada 19 April.



Serangan angin ahmar itu menjejas bahagian kanan badannya dan pertuturannya, tambah beliau.



Namun, ketika keluarganya dimaklumkan TTSH tidak menerima pengunjung bagi membendung penularan kes Covid-19 di hospital itu, keluarganya mula rasa khuatir.



"Kita takut sekiranya ibu juga terjangkit kerana Kementerian Kesihatan telah memaklumkan kepada kita bahawa ibu merupakan kontak rapat kepada seorang kakitangan yang diuji positif.



"Oleh kerana itu, ibu perlu menjalani ujian swab setiap hari serta mengambil ujian darah.



"Mungkin proses ini biasa bagi mereka tetapi kita rasa gementar juga," kata Encik Haikel, pengasas Unico Delices By Chef Haikel.



Sepanjang tempoh kuarantin dan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 21 hari di hospital itu, Encik Haikel berkata kakitangan TTSH banyak membantu keluarganya.



Menurutnya, TTSH menawarkan khidmat panggilan telefon setiap hari supaya pesakit dapat terus menghubungi dan mendekati keluarga mereka.



"Setiap hari mereka tidak pernah putus harapan. Khidmat mereka kepada keluarga saya memang hebat dan tidak terkata.



"Saya tahu tugas mereka bukan mudah, terutamanya di tengah-tengah pandemik dan keadaan seperti ini.



"Jadi saya amat berterima kasih kepada mereka kerana cuba membantu ibu saya ketika kita tidak dapat bersama," ujar anak kedua empat beradik itu.



Meskipun ibunya belum dibenarkan pulang buat masa ini, Encik Haikel berkata keluarganya tidak sabar bertemu semula seisi keluarga untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >