APABILA orang mengantuk disorongkan bantal, pastinya direbut tanpa berfikir dua kali. Itulah yang turut dilakukan Encik Muhd Izman Kamilan, 21 tahun.
"Saya suka fesyen dan bagi saya, diberi peluang membantu menguruskan kostum para penari adalah satu peluang yang tidak akan saya lepaskan. Ini merupakan kali pertama saya membantu dalam aspek ini selain menari untuk persembahanan ini," jelas Encik Izman yang baru menamatkan pengajiannya di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dalam bidang pelancongan.