BELIAU bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-60 April ini dan telah mula merancang bagi persaraannya kerana sebelum ini (sebelum 1 Jan 2017) had usia bagi instruktor memandu ialah 70 tahun.
Namun, langkah menaikkan had usia lanjut bagi instruktor memandu daripada 70 kepada 75 tahun mulai 1 Januari 2017 adalah berita gembira bagi Encik Mohamed Yunos Haji Ahmad yang menawarkan khidmat sebagai instruktor memandu swasta.