DAPAT JUAL FLAT
Gembira flat lama terjual jua, akan pindah ke flat baru
Jul 21, 2017 | 05:30 AM
ENCIK Gulam Rahman Hobib dan isterinya, Cik Rokiah Buang, begitu teruja apabila menerima surat daripada Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mengenai pengambilan kunci flat baru mereka di Boon Lay Avenue, yang telah siap Mac lalu.
Namun, pasangan itu terpaksa menangguhkan pengambilan kunci flat tiga bilik bina ikut tempahan (BTO) tersebut kerana ketika itu flat tiga bilik mereka belum ada pembeli.