Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gembira jemaah pandang serius terhadap tanggungjawab sosial, main peranan bagi bendung penularan Covid-19

Jul 17, 2022 | 02:16 PM



PARA jemaah haji Singapura yang selamat kembali ke tanah air akan menguji dan mengasingkan diri selama lima hingga tujuh hari, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam catatannya hari ini. (17 Julai)

Beliau, yang juga ketua rombongan haji Singapura tahun ini, berkata meskipun diuji negatif bagi Covid-19, mereka akan terus memantau kesihatan masing-masing bagi simptom lain sepanjang beberapa hari.

“Saya gembira Kementerian Kesihatan (MOH) memberi mereka kit-kit ujian pantan antigen (ART) secara percuma.

“Jemaah kita juga akan mengelakkan diri daripada menghadiri majlis keramaian atau kenduri sehingga tamat temoh pengasingan diri,” kata Encik Masagos.

Malah, Encik Masagos melahirkan rasa gembira menyambut kepulangan kumpulan pertama jemaah haji Singapura seramai 41 orang itu daripada agensi Shahidah Travel & Tours malam semalam.

Bersama beliau ialah Ketua Eksekutif Muis (Majlis Ugama Islam Singapura), Encik Kadir Maideen.

Pastinya para jemaah berasa amat riang dan teruja untuk bertemu keluarga dan orang-orang tersayang mereka setelah berjauhan buat tempoh yang agak lama, katanya.

Kesemuanya seramai 890 jemaah Singapura telah selesai menunaikan ibadah haji yang berjalan lancar tahun ini.

Menurut Encik Masagos sewaktu sesi pertemuan beliau dengan para jemaah di Shisha, Arab Saudi, awal minggu lalu untuk mendapatkan maklum balas mengenai musim haji tahun ini, beliau rasa gembira melihat para jemaah Singapura memandang serius terhadap tanggungjawab sosial mereka dengan memainkan peranan dalam usaha membendung penularan Covid-19 di negara ini.

“Saya bersama jemaah haji Singapura yang lain telah mencipta banyak kenangan manis lagi bermakna yang tidak akan dilupakan sepanjang perjalanan haji ini.

“Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Ehwal Jemaah Singapura (SPAO), Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas), ejen penjualan pakej haji (GSA) serta pihak berkuasa dan ejen-ejen Haji di Arab Saudi.

“Saya berbesar hati dapat berkhidmat sebagai Ketua Delegasi Singapura bagi Haji 2022 dan saya menantikan kepulangan para jemaah Singapura kita yang lain dengan selamat, insya-Allah,” tambah Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >