Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gembira kekal sebagai Menteri Kewangan selepas rombakan kabinet, Swee Keat

Apr 18, 2018 | 05:20 PM



MENTERI Kewangan, Encik Heng Swee Keat menyatakan beliau gembira jika dapat mengekalkan jawatannya jika terdapat rombakan kabinet.



“Saya gembira untuk meneruskan tugas sebagai Menteri Kewangan kerana banyak perkara yang perlu saya lakukan seperti diumumkan dalam Belanjawan dan terdapat keperluan perbelanjaan yang penting untuk dipenuhi. Pada masa sama, kita ingin memanfaatkan sumber dengan baik untuk mencapai kesan ekonomi dan sosial, serta mutu keselamatan tinggi yang kita harapkan.



“Memperuntukkan belanjawan dalam pelbagai bidang adalah cabaran utama dalam tahun-tahun mendatang dan saya ingin memikirkannya lebih mendalam,’’ kata Encik Heng, dalam satu sidang akhbar.



Encik Heng merupakan antara tiga menteri generasi keempat (4G) termasuk Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing dan Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran) Ong Ye Kung yang dikatakan akan memimpin generasi keempat.



Rombakan kabinet dijangka diumumkan bulan ini yang dijangka memperlihatkan menteri-menteri generasi keempat diletakkan dalam portfolio baru untuk mempersiapkan mereka dalam peranan kepimpinan lebih besar, menurut Anggota Parlimen (AP) dan pengamat politik.



Menteri generasi keempat dijangka diberikan tanggungjawab lebih besar sedang mereka bersiap sedia mengambil alih daripada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong selepas pilihan raya umum seterusnya yang dijadualkan menjelang 2021.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >