Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gembleng tenaga masyarakat bagi galak, bakar semangat guna dan belajar bahasa Melayu: Chun Sing

Sep 04, 2021 | 10:01 PM



USAH takut mencuba jika ingin pelajari sesuatu bahasa baru dengan keyakinan lebih banyak latihan akan memudahkan usaha anda.



Inilah teras pesanan Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, dalam ucapannya ketika melancarkan Bulan Bahasa 2021 pada Sabtu (4 September) menerusi siaran di Mediacorp Suria.



"Sebenarnya saya cuba belajar bahasa Melayu dua kali di Singapura dulu. Ketika itu, saya

bersama Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan saya perlu berinteraksi dengan pegawai tentera Indonesia atau TNI AD.



"Tetapi saya dapati sukar sekali kerana tidak ada suasana untuk saya berlatih dengan teman-teman saya. Akhirnya, saya terpaksa belajar bahasa Indonesia bila saya ditugaskan sebagai Atase Tentera. Saya minta maaf jika bahasa Melayu saya bunyinya seperti bahasa Indonesia.



"Saya tidak begitu berbakat belajar bahasa. Jadi, untuk saya, susah sekali. Jadi, saya

menggalakkan anda supaya jangan takut untuk mencuba. Jika kita ingin belajar sesuatu

bahasa yang baru, kita mesti banyak berlatih menggunakannya. Mungkin susah pada mulanya, tetapi akan menjadi mudah jika sering berlatih, seperti peribahasa, alah bisa tegal biasa."



Beliau berpendapat dalam menggalakkan penggunaan bahasa ibunda, usahasama seluruh masyarakat diperlukan dengan harapan pengguna bahasa akan terus bersemangat menghidupkan pembelajaran bahasa ini.



Dalam majlis pelancaran Bulan Bahasa 2021 itu, Encik Chan bersembang santai bersama Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Profesor Madya Dr Faishal Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa, Cik Rahayu Mahzam mengenai kepentingan usaha semasyarakat dalam menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda kita.



Cik Rahayu, yang juga Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), menambah:



“Meskipun tahun 2020 dan 2021 berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya, kami masih dapat merasakan keghairahan serta komitmen rakan-rakan kerjasama kami.



"Mereka tabah menghadapi keluk pembelajaran yang curam, serta menyesuaikan pengendalian program menggunakan wadah digital seperti Zoom dan Facebook.”



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Dr Faishal dan Cik Rahayu juga membincangkan hasil penemuan Banci Penduduk 2021 yang diterbitkan pada Jun lalu.



“Kami akur bahawa lebih banyak keluarga kini menggunakan bahasa Inggeris di rumah. Namun, pemerhatian ini bukan bermaksud bahasa Melayu tidak digunakan sama sekali.



"Malah, banyak keluarga Melayu masih cekap berdwibahasa, dan kami berharap trend ini akan dapat dikembangkan. Dengan sokongan rakan kerjasama kami, kami akan berusaha ke arah sebuah komuniti yang menyedari nilai dalam penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian,” ujar Cik Rahayu.



Ini merupakan tahun kedua majlis pelancaran Bulan Bahasa disiarkan di televisyen.



Tahun lalu, siaran ini diusahakan demi memastikan anggota masyarakat dapat turut serta dalam meraikan Bulan Bahasa sambil menjaga kesihatan dan keselamatan mereka dalam tempoh pandemik Covid-19.



Tahun ini, rancangan ini menggembleng tenaga rakan kerjasama seperti Elements Pictures dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Tampines West.



Pelancaran Bulan Bahasa 2021 juga menampilkan suara-suara anggota masyarakat Melayu.



Koir maya yang ditayangkan pada penghujung program mempamerkan keghairahan dan sokongan yang diberikan terhadap lagu Bulan Bahasa, Bahasa Menjunjung Budaya, versi 2021.



Turut menyerikan rancangan pada Sabtu ini adalah Duta Bahasa, Datuk Ramli Sarip serta tiga duta yang baru dilantik, penyanyi Hyrul Anuar serta penggiat tari dan selebriti televisyen, Marina Yusoff serta penggiat seni dan akademik tari, Dr Noramin Farid.



Bagi memelihara kemaslahatan masyarakat dan rakan kerjasamanya, Bulan Bahasa

kembali sebagai sambutan secara maya pada tahun 2021. Rakan-rakan kerjasama Bulan Bahasa telah dan bakal menyajikan pelbagai acara dan program digital untuk semua lapisan masyarakat.



Jadual acara yang memaparkan tema ‘Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita’ telah berlangsung dari 14 Ogos hingga 10 Oktober 2021.



Maklumat terkini mengenai acara Bulan Bahasa boleh diperolehi di laman Majlis Bahasa Melayu Singapura, www.mbms.sg, atau di laman media sosial, facebook.com/majlisbahasa dan @BulanBahasa di Instagram.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >