Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gempa Aceh: Singapura ucap takziah, tawar bantuan

Dec 08, 2016 | 09:36 AM



PEMERINTAH Singapura telah menyampaikan ucapan takziah kepada Indonesia dan keluarga mangsa gempa bumi yang melanda wilayah Aceh pada pagi Rabu (7 Dis).



"Singapura terkejut dengan kehilangan menyedihkan nyawa itu dan kerosakan serius yang disebabkannya," kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan.



"MFA sedang berhubungan dengan pihak berkuasa tempatan dan Singapura sentiasa bersedia membantu jika diperlukan."



Dalam satu kenyataan berasingan, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia akan mengerahkan dua pegawai ke Indonesia sebagai sebahagian daripada lima anggota Pasukan Respons dan Penilaian Kecemasan Asean (Erat), di bawah naungan Pusat Penyelarasan Asean bagi Bantuan Kemanusiaan mengenai pengurusan bencana.



Sekurang-kurangnya 94 orang terbunuh dan ratusan cedera dalam gempa itu, dengan jumlah korban dijangka bertambah.



"Fungsi utama Erat ialah menyediakan penilaian pantas dan menentukan sumber kritikal (seperti khemah, kit perubatan, dan kemudahan sanitasi) yang diperlukan bagi kawasan terjejas oleh gempa bumi," kata kenyataan itu.



Kedua-dua pegawai akan berlepas ke Indonesia pada Khamis dan dijangka berada di sana seminggu.



Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) juga telah menawarkan bantuan kepada angkatan tentera negara Indonesia (TNI), kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen berkata dalam laman Facebook pada Rabu.



Gempa sekuat 6.5 pada skala Richter itu melanda di utara bandar kecil Reuleuet pada 5.03 pagi waktu tempatan.



Kira-kira 245 bangunan, termasuk rumah, rumah kedai dan masjid, runtuh atau rosak teruk.



Usaha menyelamat masih dijalankan bagi mencari mangsa terperangkap di bawah runtuhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >