Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gempa di Lombok: Usaha akar umbi di Singapura berterusan, kumpul dana bagi mangsa bencana

Aug 12, 2018 | 05:00 PM



 



 



Pelajar dan kakitangan Politeknik Ngee Ann sedang mengumpul dana untuk membantu penduduk kampung yang terjejas gempa di Lombok, Indonesia, meneruskan usaha akar umbi  bagi tujuan itu yang sedang berlangsung di Singapura.



Hampir $20,000 telah dikumpulkan melalui kempen mengumpul dana yang bermula Isnin (6 Ogos) yang bertujuan membantu pembinaan semula prasarana rosak menggunakan bahan kalis gempa, dan membangun program bagi membantu masyarakat yang terjejas.



Persatuan Palang Merah Singapura juga telah memulakan rayuan awam untuk mengumpul dana, dengan lebih $42,000 dikumpulkan menerusi wadah mengumpul dana di dalam talian sehingga petang Ahad (12 Ogos).



Isnin lalu, ia menyumbang $50,000 kepada usaha bantuan kecemasan Lombok, yang akan digunakan untuk membeli dan mengagihkan barangan bantuan seperti tikar dan selimut, dan juga untuk menyokong usaha pemulihan.



Jumaat lalu, masjid-masjid di Singapura dengan kerjasama Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) mula mengumpul dana bagi membantu mangsa gempa dan mangsa banjir di Laos.



Selain itu, orang ramai juga boleh menyumbang dalam talian menerusi laman Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) di https://zakat.sg/ePayment/donations.aspx hingga 24 Ogos ini.



Sumbangan dalam bentuk tunai atau cek juga diterima.



Cek perlu ditujukan kepada 'RLAF' dengan perkataan 'In Aid of Survivors of Earthquake in Lombok and Floods in Laos' yang ditulis di belakangnya.



Derma wang tunai dan cek boleh dihantar ke Pejabat RLAF di Masjid Yusof Ishak, Level 4, 10 Woodlands Drive 17, Singapore 737740; atau ke RLAF di Singapore Islamic Hub, 273 Braddell Road, Singapore 579702.



Semua kutipan derma itu akan diserahkan kepada badan kemanusiaan Mercy Relief dan Palang Merah Singapura yang menyokong operasi bantuan kecemasan di kedua-dua negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >