Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Gempa di Sabah: Sekumpulan murid S'pura terkandas di Gunung Kinabalu

NUR ADILAH MAHBOB
Jun 05, 2015 | 04:45 PM

SEKUMPULAN murid sekolah rendah dari Singapura merupakan antara mereka yang terkandas di Gunung Kinabalu menyusuli gempa bumi yang melanda Sabah awal pagi tadi.

Ini disahkan ibu seorang murid yang menyertai ekspedisi itu.

Ibu tersebut, yang enggan namanya disiarkan, memberitahu Berita Harian seramai 29 murid terlibat dalam ekspedisi itu, termasuk anak perempuannya dalam Darjah Enam.

Menurutnya, sekurang-kurangnya lima murid tercedera.

Sebuah gempa bumi sekuat pada 6.0 skala Richter melanda Sabah awal pagi tadi.

Manakala itu, seorang doktor yang berjaya pulang ke kem pangkalan Gunung Kinabalu mengesahkan sekurang-kurangnya seorang telah meninggal dunia dan dua yang lain cedera menyusuli gempa tersebut.

Dr Rezlan Abdul Rahman dari Pahang yang sedang turun dari gunung tersebut berkata seorang wanita meninggal dunia selepas beliau mendapati wanita tersebut tidak lagi bernafas.

Dua lagi wanita cedera.

Laporan awal menunjukkan sekurang-kurangnya lima terbunuh atau cedera. - The Star/Asia News Network

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3