Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Gempa Sulawesi: Bantuan kemanusiaan dari S'pura tiba di Indonesia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Gempa Sulawesi: Bantuan kemanusiaan dari S'pura tiba di Indonesia

Oct 03, 2018 | 10:54 AM

BEKALAN kemanusiaan dari Singapura bagi warga Indonesia yang menjadi mangsa gempa bumi dan tsunami telah diterima pihak berkuasa di sana.

Pakej bantuan merangkumi khemah, makanan, air botol dan bekalan perubatan itu bernilai $240,000 dan dihantar dengan selamat ke Sulawesi oleh dua pesawat pengangkutan C-130 Angatan Tentera Udara Singapura (RSAF), kata Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam kenyataan media pada dinihari Rabu (3 Oktober).

Pakej itu, yang didermakan oleh Angkatan Bersenjata Singapura (SAF),  diserahkan oleh Komander Misi Oh Chun Keong kepada Leftenan Kolonel Ali Sudibyo dari Angkatan Tentera Bersenjata Indonesia (TNI).

Dua pesawat C-130 RSAF itu akan kekal di Indonesia untuk memberi sokongan kepada pemerintah Indonesia dalam usaha memindahkan mangsa dari kawasan yang dilanda bencana, menurut Mindef.

“Sebagai jiran dekat dan rakan Indonesia dan TNI, Mindef dan SAF bersedia memberi bantuan kepada Indonesia dan TNI dalam usaha bantuan bencana selanjutnya, jika ia diperlukan,” kata Mindef dalam kenyataannya.

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen, menulis di Facebook pada Selasa, juga berkata kededua pesawat C-130 itu akan kekal di Sulawesi untuk menghantar mangsa bencana ke kota lain di Indonesa, sebagaimana yang diminta oleh tentera Indonesia.

“Jika diperlukan, SAF akan menghulur bantuan tambahan bagi membantu adik-beradik kami di Indonesia mengatasi bencana alam ini,” kata Dr Ng.


 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3