Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEGIATAN MENARIK UNTUK PELAJAR

Gen G sedia sajian hal ehwal semasa yang relevan bagi pelajar, guru

Gen G
Mar 29, 2022 | 05:30 AM



DILANCARKAN pada Januari 2010, penerbitan pelajar Berita Harian (BH), GenG, atau singkatan bagi 'Generasi Geliga' menyajikan banyak hal ehwal semasa yang relevan bagi pelajar dan guru.



Setiap edisi akhbar pelajar tersebut mengandungi 16 muka surat yang padat dengan berita terkini bukan sahaja di Singapura malah di seluruh dunia, serta aktiviti menarik yang boleh dilakukan.



Ini termasuk segmen 'Gerakkan Minda' yang merupakan aktiviti imbuhan bagi pelajar.



Selain itu, terdapat segmen 'Perkataan Seerti' di mana pelajar boleh menulis dan mempelajari perkataan seerti atau seiras bagi lima perkataan yang telah dipilih.



Lebih daripada itu, guru boleh memanfaatkan segmen lain termasuk bahagian 'Bincangkan', 'Mengapa Berita Ini Penting', 'Bina Ayat' dan 'Kosa Kata', yang mengetengahkan 10 perkataan Melayu dan terjemahannya dalam bahasa Inggeris, serta segmen podcast pelajar yang lengkap dengan soalan-soalan seakan melakukan aktiviti kefahaman mendengar di sekolah.



Setiap edisi GenG juga disertakan dengan perkongsian peribahasa, maknanya serta contoh ayat yang boleh dibina pelajar menggunakan peribahasa tersebut.



AKTIVITI TAMBAHAN:



Forum Guru

Forum Guru Berita Harian dianjurkan setiap tahun bagi guru-guru sekolah rendah dan menengah.



Kem Kewartawanan Pelajar

Pra-Covid-19, kem ini diadakan setiap tahun bagi pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mendedahkan mereka kepada dunia kewartawanan.



Antara kemahiran yang diajarkan termasuk cara melakukan temu bual, menulis artikel akhbar, membuat laporan dalam bentuk video dan lain-lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >