Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Generasi Merdeka dirai di acara penghargaan

Feb 02, 2019 | 05:22 PM



WARGA Singapura yang dilahirkan pada 1949 atau lebih awal dan terlepas meraih manfaat Pakej Generasi Perintis, namun mendapat kerakyatan sehingga 1996,akan layak menerima Pakej Generasi Merdeka, yang boleh  membantu keperluan penjagaan kesihatan golongan itu.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan demikian hari ini (2 Februari).



Golongan ini serta warga Singapura yang berusia antara 60 dengan 69 tahun tahun ini akan meraih manfaat daripada Pakej Generasi Merdeka itu yang akan membantu dengan perbelanjaan perubatan mereka sedang mereka meniti usia persaraan.



Menteri Kewangan Heng Swee Keat dan Menteri Kesihatan Gan Kim Yong akan mengumumkan perincian Pakej Generasi Merdeka itu apabila Kenyataan Belanjawan dibentang di Parlimen pada 18 Februari nanti.



Encik Lee berkata demikian semasa berucap di satu majlis penghargaan yang dihadir sekitar 200 anggota Generasi Merdeka di Taman Di Pesisiran.



Seperti Pakej Generasi Perintis yang diberikan pada 2014 kepada mereka yang dilahirkan pada 1949 atau lebih awal, Pakej Generasi Merdeka juga akan menawarkan subsidi bagi jagaan pesakit luar, tokokan Medisave serta bayaran bagi jagaan jangka panjang dan subsidi premium MediShield Life.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >