Generasi Perintis, Merdeka nikmati diskaun di FairPrice mulai 1 Julai
Jun 17, 2019 | 06:50 PM
WARGA emas generasi Perintis dan Merdeka akan menikmati potongan harga di pasar raya FairPrice mulai Julai ini.
Diskaun 3 peratus sedia ada bagi generasi Perintis akan dilanjutkan lagi setahun bermula 1 Julai. Demikian diumumkan pasar raya tersebut yang menambah bahawa golongan itu dapat menikmati diskaun itu pada Isnin dan Rabu.
Generasi Merdeka pula dapat menikmati diskaun 3 peratus setiap Rabu di lebih 140 cawangan FairPrice.