Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Genjot sistem pelepasan imigresen: ICA kerah sokongan tambahan

Apr 01, 2023 | 05:30 AM



PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) telah memanggil semua para pegawai mereka yang tidak bekerja untuk kembali bekerja bagi menyokong keadaan sesak di pusat-pusat pemeriksaan darat dan udara pada Jumaat tengah hari. Ini menyusuli gangguan dalam sistem pelepasan imigresen yang dilaporkan sekitar 11 pagi Jumaat yang menyebabkan kesesakan di pusat-pusat pemeriksaan imigresen.



ICA berkata: "Kami telah memanggil semula para pegawai kembali bertugas untuk memberi sokongan tambahan bagi menguruskan keadaan dan memastikan undang-undang dan ketenteraman."



Dalam kemas kini pada 3.58 petang Jumaat, ICA berkata keadaan kembali normal.



"Para pengembara yang kini berada di pusat pemeriksaan kami dinasihatkan supaya bekerjasama dengan para pegawai di sana."



Gangguan dalam sistem pelepasan imigresen itu telah menjejaskan semua lorong automatik berlepas di semua terminal di Lapangan Terbang Changi.



Orang ramai telah diarahkan kepada lorong manual bagi pelepasan imigresen.



Menurut ICA, lorong automatik terpilih di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Pusat Pemeriksaan Tuas juga terjejas.



Kelewatan merentasi beberapa pusat pemeriksaan darat dan udara sebelum ini dilaporkan tengah hari Jumaat disebabkan gangguan terhadap sistem pelepasan imigresen.



Orang ramai yang mempunyai rancangan untuk keluar melalui pusat-pusat pemeriksaan itu akan menghadapi kelewatan dalam rancangan perjalanan mereka akibat gangguan dalam sistem itu.



Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) mengumumkan gangguan itu di Facebook pada 11.28 pagi sambil menambah bahawa ia "menyesali atas kesulitan yang dihadapi oleh pelawat dan berharap mereka memahami dan sabar.



Dalam kemaskini pada 12.03 tengah hari, ia menasihatkan orang ramai supaya menangguhkan semua perjalanan yang tidak penting.



Sementara itu, para pemandu yang memasuki Singapura melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands atau Pusat Pemeriksaan Tuas kelihatan merungut di beberapa laman media sosial termasuk di Facebook ICA.



Antara rungutan mereka adalah dibiarkan menunggu dalam barisan tanpa diberitahu mengenai gangguan sistem dan tidak tahu bila masalah itu dapat diselesaikan.



Dalam Kumpulan Facebook rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, beberapa orang telah memuat naik gambar-gambar yang menunjukkan barisan panjang kenderaan di Tambak Johor, dan di Dewan Imigresen.



Kebanyakan mereka telah menunggu selama kira-kira sejam, dengan seorang menyatakan bahawa kaunter automatik tidak beroperasi.



Begitu juga di Lapangan Terbang Changi di mana kelihatan barisan beratur yang panjang dengan berduyun-duyun orang menunggu untuk memasuki pintu berlepas.



Lapangan Terbang Changi berkata di Facebook dan Twitter pada kira-kira 12.30 tengah hari bahawa gangguan sistem telah menjejaskan lorong automatik bagi kedua-dua penumpang yang berlepas dan mereka yang tiba di kesemua terminal Changi.



"Penumpang harus menjangkakan kelewatan dan mendekati kakitangan kami jika bantuan diperlukan," tambahnya.



Cik Salma Fadl, 18 tahun, yang baru sahaja pulang dari Jogjakarta bersama teman-temannya berkongsi dengan Berita Harian (BH) bahawa mereka tidak sangka rancangan perjalanan mereka ditunda buat lebih sejam.



"Kapal terbang yang kami naiki mendarat sekitar jam 11 pagi dan kami fikirkan ia tidak akan memakan masa yang panjang untuk keluar dari imigresen.



"Tetapi, apabila kami tiba di imigresen, boleh kelihatan bahawa semua sistem pelepasan bagi penduduk Singapura telah ditutup dan semua penumpang diarahkan ke kaunter yang selalunya digunakan untuk warga asing, menyebabkan barisan yang panjang," kata beliau yang menunggu sekitar satu setengah jam untuk keluar dari kastam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >