Gentarasa 2018 sasar dekati lebih ramai penonton , Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Gentarasa 2018 sasar dekati lebih ramai penonton

Jul 08, 2018 | 02:00 PM

PERSEMBAHAN musikal Gentarasa dibawa ke lebih banyak ruang masyarakat tahun ini, dengan lebih 3,000 orang bakal menyaksikan persembahan selama 90 minit itu.

Dengan tema Bersatu Menuju Kesejahteraan, persembahan tahun ini menceritakan tentang kemajuan masyarakat Melayu yang hidup dalam masyarakat luas negara yang berbilang bangsa dan agama.
Persembahan sulung Gentarasa, yang dianjurkan Majlis Jawatankuasa-Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (Melayu), diadakan di Wisma Geylang Serai (WGS) pada 7 Julai 2018.

Persembahan susulan akan diadakan di The Canopy@J-Link pada 21 Julai dan Our Tampines Hub pada 28 Julai nanti.
Gentarasa 2018 menampilkan 12 babak persembahan, termasuk syair dan silat, dengan 140 individu pelbagai bangsa terlibat dalam persembahan itu.
Semalam, tetamu terhormat, Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkfli, yang juga  penasihat Mesra, menghadiri persembahan itu di WGS semalam.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map