Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gerai interaktif bantu penduduk terjejas dengan perluasan CIQ Woodlands

May 29, 2022 | 05:30 AM



SATU gerai interaktif di Blok 213 Marsiling Crescent telah disiapkan untuk membantu para penduduk yang terjejas oleh projek perluasan Pusat Pemeriksaan Woodlands.



Pegawai Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) juga telah dikerahkan bagi sesi penerangan bermula semalam sehingga Selasa ini untuk menjawab keprihatinan penduduk.



Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad berkata gerai interaktif dan sesi penerangan itu diharap dapat meredakan kebimbangan penduduk.



"Sesetengah penduduk telah tinggal di sini lebih dua puluh tahun dan mempunyai ramai kenalan, ada pula yang baru beli rumah dan sudah menyesuaikan diri mereka di kawasan sekitaran dan ada pula yang baru sahaja membuat ubah elok di rumah mereka.



"Semua penduduk mempunyai kebimbangan dan keperluan yang berbeza seperti kos untuk beli rumah baru dan saiz rumah yang dianggarkan lebih kecil daripada rumah mereka sekarang.



"Namun, setelah dapatkan keterangan dari pegawai HDB dan melawat gerai interaktif yang disediakan, secara keseluruhan, para penduduk kelihatan lebih tenang kerana dapat memahami situasinya dengan lebih jelas," jelas beliau.



Beliau menambah ramai yang ditemui berasa gembira flat baru yang akan dibina di Woodlands Street 13 itu lebih dekat dengan stesen MRT dan juga Masjid An Nur.



"Namun masih ada yang masih bimbang dan kami akan bertemu mereka lagi untuk memahami secara mendalam situasi dan keperluan mereka dan bantu mereka mencari jalan keluar yang terbaik untuk mengatasi kekhuatiran mereka," ujar beliau.



SLA, HDB sertai ICA sebelum ini mengumumkan bahawa Pusat Pemeriksaan Woodlands akan diperluas bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.



Rancangan itu akan melibatkan pemerolehan sembilan blok HDB di Marsiling Crescent dan Marsiling Lane - iaitu Blok 210 hingga Blok 218.



Seorang penduduk, Cik Hani Ali, 52 tahun, seorang perunding kanan di syarikat pendidikan, sudah tinggal di flatnya selama 22 tahun bersama suami dan dua orang anak mereka yang berusia 25 dan 27 tahun.



"Apabila saya terima mesej mengenai ini, saya sedang bekerja dan saya berasa amat terkejut dan sedih dengan berita yang datang secara mendadak.



"Namun, selepas mengetahui dengan lebih lanjut, saya lebih memahami mengenai pilihan saya dan berasa gembira dapat peluang berpindah ke flat baru dan masih berkesempatan tinggal berdekatan dengan jiran-jiran saya yang rapat," ujar beliau.



Jiran rapat Cik Hani, Cik Noor Jamilah Ramli, 46 tahun, pula berasa sedih tetapi beliau akur bahawa flat mereka sudah pun tua dan mempunyai pelbagai masalah.



"Saya sudah tinggal di sini bersama ibu bapa dan adik beradik sejak kecil lagi dan sudah tentu kami telah banyak membina memori di rumah ini. Namun, rumah ini juga mempunyai banyak masalah seperti siling yang retak dan cat mengelupas akibat air hujan dan saya berasa lega yang kami akan tinggal di flat baru," jelas beliau.



Ibunya, Cik Saona Abu, 71 tahun, berasa bimbang kerana flat baru juga lebih kecil.



"Saya punyai banyak barang-barang yang mempunyai memori yang saya kumpulkan selama bertahun-tahun dan saya tidak tahu jika ia boleh ditempatkan di flat baru yang lebih kecil," kata beliau.



Cik Siti Rohanah A Hamid, 47 tahun yang tinggal bersama suaminya Zahid Hat, 58 tahun berkata mereka keberatan berpindah kerana sukakan pemandangan dan angin kencangnya, serta saiz 'flat lama' yang dikatakan agak besar dan sukar didapati dalam kalangan flat baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >