Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gerai makan raih dua pengiktirafan

Feb 17, 2019 | 05:30 AM



Sedang kebanyakan gerai di pusat-pusat penjaja yang menjadi tumpuan masyarakat Melayu dikerumuni ramai pelanggan, gerai-gerai masakan Melayu di sekitar estet-estet privet seperti di Serangoon Garden dan Upper Thomson hanya sibuk pada waktu pagi dan tengah hari. Namun, mereka mempunyai strategi tersendiri untuk menarik pelanggan dan memastikan dapur di gerai masing-masing terus berasap. Para penjaja berkenaan berkongsi pengalaman melayan pelanggan majoriti bukan Melayu dengan SAINI SALLEH (saini@sph.com.sg) yang merumuskannya dalam laporan berikut.



LEPAS Subuh, Cik Aminah Sanwan, bergegas ke sebuah pasar di Woodlands untuk membeli bahan-bahan yang akan dimasak di gerainya - satu-satunya yang menjual makanan halal - di Pusat Penjaja Sembawang Hill di Upper Thomson Road.



Sesampai digerainya, beliau tidak berlengah - segera memasak untuk dihidangkan kepada pelanggan yang bertali arus seawal 8 pagi.



Selain ke pasar dan masak-memasak, Cik Aminah, 73 tahun, juga melayan pelanggan dengan menyiapkan hidangan yang mereka pesan dari pagi hingga gerainya ditutup sekitar 6 petang.



Beliau telah melakukan kegiatan tersebut sejak mula menjaja digerainya, Makan Food Stall, 15 tahun lalu.



Tanpa diketahui ramai, khususnya, masyarakat Melayu, gerainya berjaya meraih dua pengiktirafan: City Hawker Food Hunt Award 2011, berupa plak anjuran City Gas dan akhbar Shin Min Daily News pada 2011; dan Singapore Best Food - Enjoy - Top Rated Food lima bintang 2017, anjuran sebuah portal makanan persendirian.



"Saya tak tahu-menahu tentang pengiktirafan yang diberikan. Mereka datang dan makan tanpa beri tahu apa-apa. Selepas beberapa hari, ada orang datang dan beritahu masakan mak cik antara yang terbaik,'' kata Cik Aminah yang masih menyimpan plak tersebut di gerainya.



Pelekat itu pula dipamerkan di depan gerainya.



Menurutnya, sebahagian besar pelanggannya terdiri daripada masyarakat keturunan Cina yang tinggal di estet-estet privet di Upper Thomson Road.



"Pelanggan Melayu boleh dibilang dengan jari kerana gerai ini terletak di luar estet HDB dan jauh daripada tumpuan masyarakat Melayu.



"Namun, perniagaan saya boleh tahan kerana saya seorang yang jual makanan Melayu dan ramai pelanggan Cina yang suka masakan Melayu,'' tambahnya sambil memberitahu bahawa beliau menerima banyak pesanan lauk-pauk daripada pelanggan yang merancang mengadakan majlis rumah terbuka atau keramaian di rumah masing-masing sempena Tahun Baru Cina.



Antara hidangan yang dijualnya ialah mi siam, mi rebus, nasi lemak dan lontong serta nasi campur.



Lauk-pauk bagi nasi campur yang dihidangkannya termasuklah rendang daging, paha ayam goreng rangup, ikan sambal belado, asam pedas, gulai dan sambal goreng.



Seorang pelanggannya, Encik Eric Cheng, jurutera berusia 48 tahun, menyatakan beliau kerap makan di gerai Cik Aminah kerana "masakannya sedap hasil air tangan orang lama".



"Pusat makanan ini juga aman, tak sibuk dan tak riuh-rendah seperti di tempat-tempat lain,'' tambahnya.



Menurut Cik Aminah lagi, gerainya dikunjungi ramai pelanggan khususnya pada waktu sarapan dan makan tengah hari.



"Pukul 6 petang saya tutup kedai kerana kawasan ini lengang pada lewat petang dan malam. Cukuplah rezeki yang saya raih setiap hari,'' tambahnya sambil memberitahu bahawa seorang anaknya membantu beliau mengemas gerainya yang ditutup setiap Jumaat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >