Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gerai nasi padang bertakat hasil bantuan FB live artis Roslan Shah

May 28, 2021 | 05:30 AM



SETELAH bekerja sebagai tukang masak selama 25 tahun, Cik Noor Hani Ali akhirnya memutuskan membuka gerai nasi padang Al Nour's Kitchen awal bulan ini.



Namun, beliau hampir putus asa dan ingin menutup gerainya setelah seminggu tidak dapat meraih pendapatan dan terpaksa membuang makanannya kerana kurang pelanggan dalam fasa dua kewaspadaan dipertingkat Covid-19 ini.



Melihat beliau bergelut dengan kesukaran, penghibur tempatan Roslan Shah, yang mempunyai gerai rojak di kedai kopi sama, memutuskan membantu jirannya itu.



Dalam satu sesi Facebook live pada 18 Mei, Roslan, yang menggunakan wadah itu untuk menjual makanannya, menghidupkan kameranya untuk menunjukkan Cik Hani mengalirkan air mata serta makanannya yang tidak terjual.



Selepas Roslan menyeru penonton agar memberi sokongan, makanan Cik Hani habis terjual dalam hanya satu jam.



Semasa dihubungi, Roslan berkata beliau tidak sangka mereka akan mendapat sambutan hangat melalui video tersebut.



"Saya selalunya memang tak kacau orang lain bila saya berjualan. Tetapi pada satu hari, saya nampak Kak Ani (Hani) termenung dan menangis di kedainya. Jadi saya kata, jangan nangis, nanti saya tolong.



"Bila saya buat live pula, saya merayu kepada orang ramai supaya tolong beli makanannya kerana jika tidak, makanan itu akan terbuang dan agak membazir," kata Roslan, yang mendapat 500 tontonan secara langsung hari itu.



Mengulas mengenai kejadian itu, Cik Hani berkata beliau terharu kan sokongan orang ramai.



Cik Hani berkata tanpa bantuan Roslan, beliau tidak tahu apakah beliau dapat meneruskan perniagaannya hingga kini.



"Saya tahu ramai orang seperti saya terjejas ketika tempoh mencabar ini. Dengan ramai kini menggunakan teknologi, kami terjejas kerana ketinggalan.



"Jadi saya amat berterima kasih kepada Roslan kerana membantu saya," ujarnya.



Setelah video itu tular, gerainya di Lorong 101 Changi Road menerima ramai pelanggan membeli makanan daripadanya sambil berpesan, "jangan nangis".



Menurut ibu dua anak itu, baru-baru ini beliau menerima 70 tempahan bagi makanannya melalui wadah media sosial dan WhatsApp.



Roslan, yang berusaha menyokong peniaga lain dengan menggunakan Facebook Live, berkata ini adalah masa bagi warga Singapura teguh bersama untuk membantu mereka yang memerlukan.



"Di mana kita dapat bantu, kita bantu. Setelah video ini menjadi viral, ramai juga menghantar mesej kepada saya untuk mendapat bantuan untuk mempromosikan gerai mereka.



"Gerai-gerai ini semua perniagaan kecil yang memerlukan bantuan kita. Jadi, jika boleh kita bersama-sama membantu peniaga-peniaga ini," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >