Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SEKITAR RAMADAN

Gerai Ramadan hidang suasana, aneka hidangan

Mr Malabar Cafe satukan penjaja yang biasa berniaga di bazar Geylang Serai
Apr 28, 2021 | 05:30 AM

Dengan bazar Hari Raya ditutup tahun ini, seperti tahun lalu, akibat pandemik Covid-19, restoran dan gerai makanan di sini yang menyediakan juadah ‘tradisional’ berbuka seperti burger Ramly dan kuih-muih rancak diadakan, sekali gus memeriahkan suasana Ramadan. BERITA HARIAN memaparkan beberapa kawasan di Singapura dengan gerai-gerai sedemikian.


PADA hari biasa, restoran Mr Malabar Cafe lengang selepas waktu makan tengah hari.

Namun sejak lebih seminggu lalu, begitu ramai pelanggan di restoran di Maude Road, dekat Jalan Besar, itu dari lewat petang hingga tengah malam setiap hari.

Mr Malabar Cafe menjadi tarikan sepanjang Ramadan ini kerana konsepnya yang menghidupkan suasana 'bazar' dengan menjual beraneka juadah buka puasa.

Apatah lagi, buat dua tahun berturut-turut, bazar Hari Raya masih tidak diboleh diadakan sebagai langkah menangani penularan Covid-19 di Singapura.

Digelar pelanggan sebagai 'seakan-akan bazar Ramadan', Mr Malabar Cafe, yang sebelumnya menyajikan makanan tradisional Melayu seperti sate dan mee soto serta makanan barat, kini menyatukan beberapa gerai yang setiap tahun berniaga di bazar Hari Raya Geylang Serai.

Ia menyediakan tujuh gerai yang menyajikan hidangan berbeza, burger Ramly, makanan gorengan, nasi beriani, nasi ayam, tahu goreng, kebab, dendeng, martabak manis, kuih-muih tradisional dan air katira.

Mr Malabar Cafe diurus oleh FM Four Star Tampines Trading Ptd Ltd. Menurut Cik Deanna Manto, pegawai eksekutif pemasaran FM Four Star Tampines Trading, idea menghdupkan suasana Ramadan di situ dicetuskan pekerja kepada pemilik Mr Malabar Cafe, yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Abdullah.

Encik Abdullah berpengalaman mengendalikan bazar Hari Raya di Geylang Serai bersama Orange Events & Media.

"Pada awalnya, agak ragu-ragu sebab melihat kawasan ini tidak mempunyai ramai penduduk, terutama orang-orang Melayu/Islam.

"Kami tertanya-tanya apakah orang sanggup datang ke sini untuk beli makanan saja," ujar Cik Deanna, 42 tahun, yang mengendalikan juga sebuah gerai nasi ayam dan tahu goreng di situ.

Namun, setelah satu pos mengenai gerai-gerai di Mr Malabar Cafe mula tular di media sosial, sambutan mula melonjak.

Pegerai menerima pelanggan dari setiap pelosok Singapura, termasuk Jurong, Woodlands, Pasir Ris dan Bukit Panjang, ujar Cik Deanna.

"Setiap hari, saya akan lihat muka baru dan juga muka-muka yang datang setiap hari... Sekiranya anda datang ke sini selepas 3 petang, Allahu akbar ramai orang," tambahnya.

Gerai-gerai di situ dibuka pada 3 petang setiap hari, sehingga 12 malam bagi beberapa gerainya.

Ketika dikunjungi wartawan sekitar 4 petang hari biasa baru-baru ini, pelanggan dilihat beratur membeli juadah buka puasa.

Namun, langkah pengurusan selamat tetap dipatuhi.

Pelekat berwarna merah ditampal di lantai, mengingatkan pelanggan supaya menjaga jarak satu meter antara satu sama lain.

Antara gerai kegemaran ramai ialah gerai burger Ramly, roti john dan makanan gorengan milik Encik Muhd Ridzuan Senin, 37 tahun.

Encik Ridzuan, yang sudah 11 tahun berniaga di bazar Hari Raya Geylang Serai, berkata: "Respons sangat baik. Ini mungkin kerana orang ramai sudah dua tahun tidak dapat makan burger Ramly. Tempat lain ada tapi suasana Ramadan yang pelanggan cari."

Mengalu-alukan inisiatif itu ialah seorang pelanggan yang ingin dikenali sebagai Cik Shasha, 42 tahun.

"Gembira. Ia membawa kembali kenangan mengunjungi bazar semasa Ramadan sebelum ini. Sekurang-kurangnya dapat juga rasa makanan bazar dan mood Raya," ujar suri rumah itu, yang tinggal di Simei.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3