MESKI berhadapan dengan cabaran disebabkan kerja binaan stesen MRT yang sedang dilaksanakan, bazar di Woodlands masih tetap mampu menarik minat orang ramai mengunjunginya.
Ini merupakan tahun ke-14 Bazar Raya Utara, di kawasan lapang berhadapan stesen MRT Woodlands, diadakan, kata penolong setiausaha Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Marsiling, Encik Muhamad Azrin Abdullah.