Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gerak tari tradisional Melayu diterap sebagai alat terapi

Jan 21, 2022 | 05:30 AM



BUAT julung-julung kalinya, gerak tari tradisional Melayu akan diterapkan sebagai satu alat terapi dalam program, dengan peserta juga dapat meluahkan atau berkongsi perasaan dan persoalan hidup yang mereka sedang alami.



Program berjudul 'Kembara Minda dan Jiwa', anjuran kumpulan seni tari tradisional, Era Dance Theatre Ltd, adalah sebahagian daripada program acara bagi sambutan ulang tahun Wisma Geylang Serai (WGS) yang ketiga esok.



Ia merupakan program 10 minggu dan sesi pertama akan diadakan pada 23 Januari ini, pada 9.30 di WGS.



Seramai 18 peserta wanita berusia antara 50 tahun dengan 70 tahun sudah mendaftarkan diri untuk program selama 10 minggu ini dan mereka dikehendaki memberi komitmen sekurang-kurangnya sekitar dua jam pada setiap sesi.



"WGS telah menempa sejarah dan mengambil langkah berani dengan menerapkan gerak tari dan muzik tari tradisional Melayu dalam program," ujar Pengarah Eksekutif Era Dance Theatre Ltd, Encik Azrin Abdul Rahim.



Beliau menambah bahawa program ini bertujuan memberi satu lagi ruang, di mana Era Dance dapat memanfaatkan satu kegiatan fizikal untuk dipelbagaikan dan dipakai guna membantu kesejahteraan peserta.



Mengulas tentang matlamat program , Encik Azrin berkata:



"Matlamat yang lebih besar bagi program ini, selain memelihara kesihatan dan kesejahteraan, adalah supaya kita juga dapat berkongsi ilmu dan saling membantu.



"Melalui pergaulan sosial, dengan peserta bersenam dan berkongsi pengalaman bersama, kami dapat membangunkan kepercayaan dalam kumpulan itu dan memberi contoh dan garis pandu tentang cara berkomunikasi dan bagaimana mereka boleh menjadi kumpulan yang jitu dari segi pemikiran dan berdaya membantu satu sama lain, sekali gus menubuhkan satu kumpulan sokongan."



Bagi memberi nilai tambah pada program ini, dua pengarah artistik tarian tradisional Melayu mapan, Encik Osman Abdul Hamid daripada Era Dance Theatre Ltd, dan Encik Azmi Juhari daripada Azpirasi, akan bekerjasama dengan Encik Azrin, juga pakar terapi dan penyelia klinikal yang berdaftar bersama Persatuan Kaunseling Singapura dan sudah 12 tahun menceburi bidang kaunseling.



Encik Azrin ijazah sarjana dalam jurusan kaunseling profesional daripada Universiti Teknologi Swinburne, Australia, dan kini sedang mengikuti kursus bagi ijazah sarjana kedua dalam jurusan kaunseling dan psikoterapi eksistential daripada Universiti Middlesex, United Kingdom.



Justeru, dalam program ini, peserta akan diajar gerak tari Melayu seperti inang dan joget dan melalui proses mempelajari gerak tari itu, dengan peserta perlu ingat dan mengikut rentaknya. Ia dipercayai boleh membantu warga tua mengatasi demensia dan memberi mereka keyakinan diri dan banyak hal lain yang terkait dengan perasaan emosi.



Peranan Encik Azrin, selaku pakar terapi peserta, mengupas isu kehidupan yang mereka sedang alami dalam satu ruang yang selamat serta bebas berbicara.



"Pastinya, apabila peserta sudah benar-benar faham apa yang mereka alami menerusi program ini, ia akan memberi impak kepada keluarga mereka, kesejahteraan yang lebih baik dan jika kami dapat tubuhkan satu kumpulan sokongan," kata Encik Azrin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >